Wednesday, March 29, 2017

MENJEJAK SIRATULRAHIM DI DESIRAN AIR TERJUN ULU BENDUL 11 MAC 2017

Assalammualaikum...πŸ’•πŸ’•πŸ˜Ž

Melakar kisah dengan jejak-jejak kasih kami tidak terhenti di situ sahaja..masih lagi mencari dan menjejaki kawan-kawan lain untuk dikumpulkan dimajlis reunion yang aku rasa majlis ni besar dan gah buat pertama kalinya di persekitaran air terjun ULU BENDULπŸ˜…

Sebenarnya dari semalam lagi aku telah  bersiap-siap  barang keperluan untuk di bawa ke majis reunion kami.Dalam group wassap skkp77-82 bukan main riuh rendah lagi kawan- kawan ku berborak macam -macam topik yang keluar..sampai ke malam masih lagi kedengaran halus nyaring suara mereka dihujung-hujung halaman wasap ku yang terbuka luas...aku pulak malam tu seakan2 sukar pulak untuk menutupi mataku.....asyik membayangkan macamana suasana sessi "dating" beramai- ramai dengan teman di zaman sekolah rendah ...Tak sabar rasanya untuk menatapi wajah-wajah yang aku rindui sekian lama...Hope...aku tak menangis sebab airmata aku ni selalu menghampiri kelopak mataku...😒

Tatkala kereta yang dipandu suamiku meluncur ke persisi parking Ulu Bendul....terasa debaran dihatiku semakin deras sederas air yang mengalir jernih dari kaki gunung angsi di atas sana.Akukan memang suka bermanolog..'ina...tenang ye...tarik nafas dan rilex-rilex je'..ye aku mendengar kata-kata dari lubuk sanubariku.Lantas aku memimpin jemari halus  tangan si kecilku berusia 6 tahun...Rania Zara...Dari kejauhan aku dapat melihat bumbumg khemah dan deretan kereta berhampiran tempat majlis yang akan bermula sebentar lagi.Alhamdulillah sampai juga aku ke sini ketika majlis baru bermula dengan majlis tahlil dan bacaan doa.😌

Ketika memperkemaskan duduk ku..".yess"...aku dah nampak wajah kawan-kawanku yang aku kenali dan ada juga yang memang tidak aku kenali...maaf ye kawan-kawan (tak mengapa sekejap lagi kita akan ke sesi  berkenalan ye...tunggu.πŸ˜‹πŸ˜‹

Bibirku sentiasa menguntum senyuman manis (perasannya)...maklumlah dah terlalu lama..35 tahun...satu jangkamasa yang sangat panjang...inilah peluang untuk aku sedekahkan senyumanku, ketika aku berjabat tangan dan memeluk kawan-kawan skkp...antaranya Rahah Ariffin, Normah, Maznani,Sharifah Najiah....sapa lagi ye,,..sorry ye.. kalau aku terlupa nama-nama kamu wahai sahabat..Pada kawan-kawan lelaki aku senyum dan hai....hai..sambil memperkenalkan kawan baru mereka iaitu... suami ku...😊

Di merata tempat aku melihat kemesraan sahabat-sahabat ku berkenalan, berborak, bersalaman, berpelukan..maklumlah 35 tahun tidak pernah bersua muka ...sambil menikmati hidangan sarapan pagi yang pelbagai jenis dan menu...woww  meriah.Si DJ pulak kelihatan berwajah serius namun lawak juga dia...siapa lagi kalau bukan En Kassim...aku perasan wajah dia walaupun semasa di skkp tidak pernah sekelas mungkin juga tak pernah bertegur sapa..kebarangkalian..😍

Mataku lantas tertumpu pada satu susuk tubuh yang memang tidak aku kenali sedang duduk di sebuah kerusi roda dan boleh menolak sendiri dengan memakai topi ala2 baby...Zahidin namanya...rasa sayu sedang menyapa perasaan aku di ketika itu...tapi aku ni...seorang yang  pandai untuk tidak mempamerkan perasaan sedihku di hadapan kawan-kawan ku....Harapanku agar dia kuat dan tabah untuk mengadapi ujian dari yang maha esa...Aku pasti kau memang seorang yang tabah dan kuat semangat.πŸ˜€

Woow...meriah suasana dengan acara sukaneka untuk anak2 dan berpasangan berselang seli dengan acara cabutan nombor bertuah.Aku pun rupanya salah seorang pemilik nombor bertuah tu...sangat meriah dengan gelak ketawa senda gurauan, tepuk tampar dan juga acara berkaroke....berbakat ye kawan-kawanku ini..Ku lihat sana sini berselfie dengan pelbagai aksi dan gaya untuk sebagai kenangan yang terindah...kecuali aku...Sungguh meriah di bawah angin yang sepoi-sepoi seolah turut merestui dan memahami setiap detik  pertemuan yang cukup bermakna ini..hari ini kami memecah kesunyian yang selalu bertandang di sini dan di celah rimbunan pokok- pokok nan menghijau .... disini 😊

Aku sempat menemu ramah saudara Amrul...orang yang berjaya mengumpulkan 'kami'...dibawah satu jenama bekas-bekas pelajar skkp 1997-1982..Hebat betul Amrul ni...riuh dan bersemangat dia bercerita dengan aku detik- detik tertubuhnya group ini...Beberapa soalan lain juga sempat aku ajukan kepadanya...Aku nampak ramai sungguh yang datang walaupun ada yang lewat dari waktu yang sepatutnya..tak kisah asalkan dapat datang..Susilawati tiba-tiba muncul di depanku...35 tahun cukup mengubah sedikit sebanyak raut wajahnya...walaupun masih ada lagi iras2 wajah di ketika darjah 6 merah....aku masih dapat bersama dengannya ketika aku bersekolah di TKS....πŸ˜†

Aku sempat bersembang dengan kawan2 yg sebelum ini hanya dapat berborak dalam group wasap...fauziah,Jiah, Sha Noor, Mek norizan,Norifah, Mazila,Nazli,Nizal,Rahah,Maznani,Azah, Saizam,Fuad,Safar,Taib,Murni,Norzila,Normala dan ramai lagi yang tak dapat disebut namanya....maaf ye..Sedang kami berkumpul untuk melantik AJK baru...aku ternampak nazarin baru sampai bersama keluarga...terpacul di mulutku.."wah dah besar sedikit ye si nazarin ni"...Razman pun dah sampai....sorry Man...aku tak perasan bila dia sampai...😊

Sebahagian besar foto-foto kenangan telah aku abadikan dihalaman blog aku ini...bila aku rindu pasti aku akan ke sini...Dan aku akan tatap wajah kawan-kawan yang aku sayang...😊






















manja betul...abang baharin kita ni...





























ye ke...masih larat ke lagi di usia sebegini...








Sangat sibuk nak mandi air terjun ulu bendul si adam dan zara ni...

Pertemuan jejak-jejak kasih ini diabadikan dalam naskah akhbar sinar harian dengan usahasama kawan-kawan kita.Tahniah dan sekalung kasih sayang buat semua kawan-kawan..Dengan melakar kisah di bait-bait sepi ini...aku sentiasa mendoakan agar  kalian semua diberi kesihatan yang sempurna...tabah dalam apa jua yang mendatang...jangan gaduh-gaduh ...(gaduh-gaduh manja tak apa..).Jangan lupa menambah ilmu-ilmu yang sepatutnya..(untuk aku juga)  ...sebagai bekalan kita untuk ke destinasi kekal selama-lamanya...mudah-mudahan diterima-Nya.

Insyaallah andai ada masa dan dipanjangkan usia...lakaran kisah ini akan bertemu di majlis hari raya yang tak berapa lagi lagi.Nampaknya AJK baru pun telah disandangkan tugas untuk menjayakan majlis siratulrahim ini.... Insyaallah...AminnπŸ’“πŸ’“...LYNAZZ