Friday, March 10, 2017

PERTEMUAN SELEPAS 35 TAHUN



ASSALAMMUALAIKUM semua..
Tiada sesiapa yang dapat menduga dapat bertemu sua setelah 35 tahun berpisah, dapat berkumpul, bersembang, berkenalan semula, bergurau, usik mengusik, berbalas pantun ,berteka- teki...lagak seperti zaman  kanak-kanak riang lagi.Hari ini saat ini dan ketika ini...canggihkan teknologi komunikasi manusia zaman terkini...bersua di alam maya....hebat betulkan..

Apa yang aku ingat,  pada tahun1982 semasa darjah 6 merah dan dihari terakhir hari persekolahan dan disaat aku  melangkah keluar dari pintu pagar SEK KEB KUALA PILAH aku tidak lagi berjumpa kawan -kawan sekolah rendah aku.Yang pelajar lelaki terus melangkah kaki menyambung pelajaran ke sekolah menengah Tuanku Muhammad dan sang puteri- puteri pula melangkah kaki ke sekolah Menengah Tuanku Kurshiah..semuanya di daerah KUALA PILAH.Hiduplah kami dizaman yang semakin meremajakan semasa di sekolah menengah.Terpisah dalam menuntut ilmu  sebagai bekalan di masa hadapan."Tiada lagi ambil tahu tentang kawan- kawan di zaman sekolah rendah...walaupun sekolah kami berjiran.Akulah tu" ..kawan-kawan yang lain aku tak pasti..mungkin masih berhubung lagi atau sebaliknya..".atau ada cinta antara mereka"..aku pun tak tahu..

Siapa sangka adanya group wasap "SKKP 77-82" pada tahun 2017...semuanya telah dan berinjak  ke usia 47 tahun...disebut juga  ke penghujung 40an..3 tahun lagi genaplah usia kami  50 tahun..Sorry ye kawan-kawan ada sedikit pengiraan matematik  disini...,diterajui oleh kawanku yang bernama AMRUL..aku ingat juga wajah dia walaupun aku tak sekelas dengannya.Mulanya kawan sekampungku yang bernama MOHD NIZAL (still handsome this guy) ...pun aku terjumpa dalam group anak anak kg parit seberang...dia yang bagitau ada group sekolah rendah SKKP... dia dah join ..kalau aku setuju dia nak masukkan nama aku...aku kata nantilah tak payah masukkan aku dulu...ok diapun setuju.Bila aku fikir best ke group bekas sekolah rendah ni..aku bernostalgia semula tentang kawan- kawan lama  aku di Skkp semasa darjah 5 Merah dan 6 Merah...best kot....maybe..aku bermonolag sendiri..Lantas aku mengingat... satu persatu kawan-kawan sekolah rendah ku...Yang bestnya aku masih ingat nama-nama  diaorang.... maka dengan bangganya aku terbayang wajah- wajah comel mereka....

.MOHD NAIM,MOHD FAIZAL,AZMAN GHANI, MOHD NAZLI AJIS,SAIZAM OSMAN,AFHAINIZAM,MOHD RADHI, AMIR MOSKOW, NURHALIZA, NORIFAH, ROZIZA MUSTAPHA, SARIFAH NOOR BAHARIN,MAZNANI MANSOR, SALMIAH ABU ZARIN,ROSWATI JELANI, JULIA JAMLUS, NORIZAN,SHAMSINAR, ROSNIZA BAHARUDIN,NORZILA MANSOR (DARI DARJAH I AKU SEKELAS DGN DIA DI sEK KEB KG PARIT)...ASLIZA WAHAB, NORHAYATI LATIF,GUNASELAN, RAZMAN MALEK, MAZLAN BADAWI,ASMAH SHEIKH HUSSEIN, SUSILAWATI MAT AIL, HANIZA JOHARI..tahniah untuk aku kerana bejaya mengingat nama-namamu...wahai kawan-kawanku sayang...

Lantas aku wasap nizal ...masukkan aku dalam group SKKP...tiba-tiba  aku rasa sarat perasaan rindu aku kat kawan-kawan ku.Wah.. admin group dah masukkAN NAMA AKU..Terselit perasaan malu, segan..suka, seronok bila mereka.."welcome aku dalam group t"u...wow ..rasa sangat excited...bestnya jumpa korang semula...macam tak percaya pun ada..rasa suka sangat itu yang ketara...semakin ramai ahli-ahli dalam group dari kelas merah, putih dan biru,...Kepada Allah aku bersyukur masih memanjangkan usia  dan memberi aku peluang dan ruang untuk aku menyambung siratulrahim dengan kawan-kawan ku...Bukan cinta ye..Agak sedih juga ada sahabat yang telah dijemput illahi...Al fatihah kukirimkan kepada mu wahai arwah sahabat.....Baru aku tahu..Si ketua murid bernama Razman tu rupanya tinggal berjiran dengan aku di Desa Tasek Sg Besi...terasa kecil pulak dunia ini....hakikatnya sangat luas..

Usaha buat plan reunion ringkas menjadi ..di sebuah kedai makan di pekan Kuala  Pilah...seramai 18 orang...Bercampur baur ketika itu perasaan aku... antara  rindu nak tengok muka kawan-kawan, perasaan malu dan segan sebab dah lama tak berjumpa.....namun perasaan aku hilang tatkala kawan2 ku sporting2 belaka,,,seronok tau...Biarlah gambar- gambar dibawah ini bercerita......


                                           KELAS 6 MERAH 1982










Inilah bukti-bukti pertemuan kami buat julung kalinya....Memang banyak perubahan dari segi  saiz, wajah  dan penampilan dan ketrampilan.Apa-apapun ..sangat sangat meriah Aku dapat berjumpa  dengan Normah,  Najihah, maznani, Norazah,  Sharifah Noor,.Kejayaan misi reunion ini...telah mengorak langkah kami ke pertemuan yang seterusnya yang akan diadakan di ULU BENDUL pada  11 MAC 2017  bermula pada pukul 10 pagi.  Dijangkakan pertemuan ini akan lebih meriah kerana ramai yang kan menghadiri  REUNION DAN merangkap FAMILY DAY  sekali....

Untuk semua kawan-kawan SKKP  ku...hanya dengan kata - kata yang dapat aku luahkan..."aku sayang sangat sangat kat korang"..semoga Allah memberi kesihatan yang sempurna, dipanjangkan umur , dilempahkan rezeki dan semoga siratulrahim ini berpanjangan..jangan lupa ye sahabat... ibadah kita kepada sang penciptanya... sebelum kita dijemputnya..semoga ada pertemuan seterusnya..salam sayang untuk semua..






Thursday, March 9, 2017

WHEN I WAS A LITTLE GIRL.(AKU ANAK YATIM)

WHEN I WAS A LITTLE GIRL.(AKU ANAK YATIM)

  Walaupun aku bukan lagi budak kecil yang minta dimanja oleh seorang yang bernama abah, namun naluri ku sebagai seorang manusia, terselit juga sebuah kerinduan kepada arwah abah ku yang telah 42 tahun meningalkan aku.Kenapa aku sedih sangat bila sebut pasal abah, ...sebab seusiaku 5 tahun aku dah tak ada abah...abahku meninggal sebab sakit dalam perut..akupun tak pasti penyebab kematiannya.Apa yang aku ingat ....maklumlah budak-budak lagi masa tu...ramai orang datang kat rumah aku walhal sebelum ni tak pernah aku tengok orang begitu ramai berada di dalam rumah dan di persekitaran rumahku.Tanpa ada setitik airmata yang mengalir pun...aku leka bermain-main dengan kawan yang seusiaku.aku.... memang tak faham..apa itu kematian.

 Tahun demi tahun perkataan "abah" tu seakan jauh ku tinggalkan...sepertimana jauhnya dia meninggalkan aku, namun aku tak pernah lupa mengirimkan a lfatihah dan doa-doa suci sesudah sujudku.Itu je pengubat rasa rinduku kepadanya. Disebabkan aku dah terlalu lama tidak memanggil nama abah pada seorang lelaki,aku seakan- akan lupa terus pada gelaran itu.Rupanya Allah masih lagi memberi aku peluang untuk memanggil abah pada seseorang.

Ya...memang betul, apabila jodoh ku sampai..dapatlah aku seorang abah semula.Agak timbul sedikit masalah pada ketika itu sebab aku memang tak boleh memanggil perkataan 'abah'kepada dia.aku rasa lidahku ini seakan kelu dan kaku untuk menyebut perkataan itu.Aku mengambil masa untuk memanggil abah pada bapa mertua aku.Dia sangat memahami sebab dari kecil aku dah menjadi anak yatim.

 Pada satu ketika tu...aku beranikan diri untuk memanggil abah kepadanya.Aku rasa inilah masa yang sesuai dan telah bersedia memanggil dia, abah.Akhirnya untuk pertama kali, perkataan abah kuhulurkan kepadanya..aku masih ingat berjurai airmataku membasahi pipi- pipiku..Seperti anak kecil juga dia peluk aku dan dia kata..."dah.. dahlah" tu seakan memujuk aku.Aku bersyukur kepada Allah memberi aku sekali lagi untuk mendapat seorang abah  walaupun hanya abah mertua yang sebaik dia..sangat baik.Sedikit sebanyak dapat juga merasa kasih sayang seorang ayah.Kepada mereka yang masih ada abah...,jaga dan sayanginya, hargai dan hormati selagi hayatnya masih ada.

Friday, April 3, 2015

Red One pospaid murah dan jimat

  • Perkongsian yang sangat bermakna bagi pengguna yang memerlukan kos penjimatan , murah dan sangat berbaloi.Tak rugi kalau kita bertukar ke REDONE...yang sangat banyak manfaatnya berdasarkan pengalaman saya menggunakannya....berbanding dengan telco lain



RED ONE

Pengguna

-      Panggilan rm8 sebulan (wajib)  kontrak 1 tahun (rm8 x 12)
-      Internet con: rm30  ( ini tidak ada kontak).Internet boleh nak/tidak …mohon pada agent antara 1 – 10 hb setiap bulan.
-      Call redone ke redone free seluruh Malaysia= free
-      Call R1 ke rangkaian lain =15sen semint ( 1-29 saat=8sen, 30 saat ke atas jadi 15sen)
-      No R1 bermula 011-106x-----
-                               011-107x-----
-                               011-108x----
-                               011-109x----
-      Boleh kekalkan no hp yang sedia ada...
-      Pendaftaran -  Deposit  rm25 , pendaftaran rm10 = rm35 (1 sim)
-      Rm8 wajib dibayar walaupun penggunaan kurang dari itu
-      Sms – R1 ke R1 = 5 sen
-      Sms –R1 ke rangkaian lain =10 sen
-      Bil hanya dihantar melalui sms  boleh bayar sendiri guna e –pay di seven eleven  atau masukkan duit ke akaun agent jadi bil agent tolong bayarkan
-      Untuk mengelakkan penggunaan berlebihan – line akan dibar sekiranya bil melebihi rm50 (had kredit)
-      Internet rm30 untuk 1 gb (kalau 1 gb dah habis masih boleh on fb,wassap, wechat,google…tapi line akan jadi slow kepada 64kbpd
-      Guna rangkaian celcom
-      Untuk cek jumlah bill tekan*123#
-                                      ---email address
-                                      --nama emak
-                                      --borang
-                                     --alamat surat menyurat
-      yang blacklist... maybe ada bil2 hp yang sebelum ini tidak dijelaskan.... pun boleh menggunakan talian redone hanya deposit rm50 daftar rm10 – rm60

Kepada yang berminat atau sebarang pertanyaan boleh hubungi saya atau wassap ke no 
019 6000264 ( zalina  ).
Jangan tunggu lagi buatlah pertukaran sekarang untuk lebih nilai wang anda...

 

Thursday, September 5, 2013

PENAWAR BAGI HATI









salam...kalau berceritap pasal hati , semestinya ia berkait rapat dengan individu bergelar manusia yang mempunyai perasaan, jiwa raga dan dianugerahkan dengan akal fikiran apabila membuat sesuatu keputusan.Bukan mudah untuk menjaga hati seseorang yang berada dipersekitaran kita sama ada kawan2, ahli keluarga ,adik beradik bahkan anak2 kita sendiri.Sensitiviti hati seseorang itu bergantung kepada dirinya sendiri untuk terasa hati, berkecil hati, mengambil hati atau makan hati tak kurang juga  ....."Merajuk hati".

ok apakah "terapi" yang paling baik untuk mencari penawarnya apabila hati kita dilukai , tercalar, terhiris bagai sembilu dan yang paling parah...ayatnya" hatiku hancur luluh."...Apabila kita berjaya mengawal diri, mengawal perasaan yang sedang bercelaru dengan  masalah dan berjaya memujuk hati.... disitu ada penawar terapinya.Walau pun pahit... perit.... untuk ditelan di situ ada nikmat kemanisannya....

Kalau kita rasa menangis boleh meredakan perasaan dikala hati kita terluka....why not....teruskanlah menangis sepuas2 nya seolah2 titisan air jernih yang mengalir itu  mampu membasuh luka2 kita...mungkin kita akan berasa lega setelah menghamburkan masalah dalam tangisan tadi.....Kawal perasaan dengan penuh kesabaran dan keikhlasan, beristigfar sebanyak mungkin dengan ujian yang diberianNya....dekatkan diri dengan Allah ...percayalah mungkin ada hikmah disebalik sesuatu yang berlaku.

Mampukah kita memaafkan insan yang berjaya menyakitkan hati kita?...inilah langkah terbaik memaafkannya dia supaya jiwa kita lebih tenang tiada perasaan dendam....kerana" kemaafan adalah dendam yang terindah"... pujuk hati sendiri sebab hanya kita yang mampu mengawal diri kita bukan anasir2 lain.Hidup mesti diteruskan dan jadikan itu sebagai satu cabaran yang lebih mendewasaka kita...kutip ia  sebagai satu hadiah untuk diri sendiri .....ia sebahagian daripada kenangan yang sangat manis dalam hidup kita ...yang mungkin tak ada pada orang lain.Hebatnya bagi insan yang hatinya semulia ini.....


lynza





Wednesday, September 4, 2013

Sayangggg...makkk 






Assalammualaikum....pembaca-pembaca budiman,

Apa jua gelaran sama ada ibu, mama, ummi, mummy dan emak...ia adalah manusia yang sama melahirkan dan membesarkan dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang.Rindu sangat rasanya aku nak mendengar suaranya, gelak tawanya, berborak dengan dia apatah lagi masakkan....tapi itu dulu...kini emak tak mampu melakukan semua itu...pergerakannya semakin terbatas, penglihatan dan perdengaran pun semakin kurang...Dah setahun emak semakin sunyi tanpa kata-kata meskipun dia seolah-olah faham apa yang aku cakapkan...Bila aku panggil "makkk"oo mak " dia akan menoleh dan menarik tangan aku ....paling dia suka pegang tangan lama2 macam tak nak lepas...kadang-kadang dia tolak tangan sesiapa yang pegang dan  dia lepas tu...dia tarik balik..

"Mak....mak ni macam baby lah..." memang betul bila seseorang tu dah tua tingkah lakunya seperti baby ...perlukan perhatian yang lebih...makan minum disuap..pakaikan baju dia.  Kalau dulu masa kecil dia mandi dan bedak -bedakkan muka aku kini aku pula lakukan padanya (makeup kan dia) aku suka kalau lepas mandikan dia..wangi sangat....bezanya emak boleh marah aku tapi akuuuu... tak boleh marah mak......semuanya emak perlukan bantuan...ikhlas aku lakukan. Oleh kerana emak makin "silent mood".kalau try mengaji atau buka surah untuk diperdengarkan...emak akan mencari dari mana datangnya bunyi tu...maknaya mak masih boleh mendengar...

Walaupun aku tak menjaga emak sepenuhnya atas sebab bekerja...(sebenarnya dulu aku pernah berhasrat untuk berhenti kerja untuk menjaga emak..namun hasrat aku tak tercapai kerana kakak aku bersetuju untuk menjaga emak. Alhamdulilah...Allah permudahkan semua itu, boleh dikatakan hari-hari aku dapat berjumpa dengan mak...urut tangan dan kaki dia serba sedikit ....sembang2 meskipun mak buat don't no je maybe dia faham...(atau dia malas nak layan aku..andaian aku jer...tapi dia akan renung mata...masa aku  sembang dengannya. Dalam usia 81 tahun....mak masih boleh duduk berdiri  dengan dibantu....berjalan perlahan-lahan tapi mesti dipegang atau dipeluk badannya...kalau tidak boleh jatuh...dengan "aku sekalii boleh jatuh...sayang mak..."

Aku kadang kadang macam bebudak jugak...aku peluk2 emak...cium2 dia....dia tak marah tapi diam je...paling selalu aku salam dan minta maaf pada emak....harapan aku agar emak faham dan memaafkansemua dosa- dosa aku kat dia.. Semoga emak diberikan kesihatan yang sempurna,....sebelum sampai masanya dia menutup mata....Aku sayang makkk....






Tuesday, October 2, 2012

TADARUS 2012

Majlis mengaji Al Quran beramai2 di RTM (tadarus)

Majlis khatam di Wisma Bernama






Alhamdulillah selesai sudah

TERLEWATKAH

Aku kah yang terlewat
mencari semalam yang hilang
di sebalik mentari terbenam
diufuk senja tersembam
sebuah duka yang ku genang
selautan dosa yang kisimpan......

Belum terlewat mengadap sejadah taubat....
Kerdil ku disisi Mu atas kealpaan aku....
Gugur titisan dosa dalam taubat ini...
Kusyuk dalam tahajjud Mu..

Tatkala sayup azan Subuh berkumandang.....
Bening lagi mata ini....akan ku sambung sujud ku...

Hati merayu merintih....
Kau dengarlah bisikan hati...yang dulu beku....
Cair dalam sujud ini....cairkanlah dosa- dosa ku...
Kuhimpun doa dalam titian masa
Ku tahu Kau maha pengampun...lagi maha penyayang...