Monday, December 12, 2011

ikan siakap tiga rasa





bahan2
-ikan siakap
-kunyit serbuk
-garam
-sayur2=nenas,carrot,baby jagung,batang saleri,tomato,cili hijau dan merah yang bulat besar, daun sup,daun bawang, cili merah
-kicap tiram
-kicap manis
-kicap masin
-sos cili
-sos tomato
-bawang putih, bawang merah,halia


cara
-goreng ikan gaul dengan garam dan kunyit ,juga golekkan atas tepung jagung goreng hingga garing
-tumis bawang putih ,bawang merah dan halia
-masukkan sayur2an, semua sos dan kicap, tambah air agar ada kuah sikit2
-bila dah masak angkat dan taburkan diatas ikan tadi...selamat mencuba.

Thursday, December 8, 2011

bercuti di Permaisuri Resort,PD



sementara tunggu masa check in..pukul 3.00 petang tau waktu cek-in

Rania sedang berborak dengan ayah...

view dari ting 9

kolam mandi dari pandangan atas
bahagian kitchen



ruangan makan

santai di ruang tamu


inilah kolamnya



Ini biasanya acara musim cuti sekolah,bawa anak2 cuti kat Permaisuri Resort PD....best jugaklah kolam bersebelahan dengan pantai.Kami menyewa aprtment di blok baru 3 bilik sebab 3 family yang join sama.Siap bawa makanan sendiri untuk 2 hari 1 malam...oklah layanlah gambar yu.kali ini pergi bawa baby Rania Zara ,4 bulan.....

sepetang di pantai ayer keroh, melaka










Bestkan tengok air laut tu...masa ni bulan julai 2011 rasanya...saja suka2 singgah sat kat pantai ni...anak2 seronok main air...

Tiara Beach Lagi







haii...geng blogger..tau kan kat mana ni...kat Tiara Beach ni.. last year pergi this year pun pergi lagi...ikut ragam anak2 ni..mereka suka tempat ni...Untup pengetahuan semua start january 2011 sesiapa nak masuk kolam dikenakan bayaran kalau tak silap Dewasa rm30 ... kanak2 rm15 untuk seorang, ckeck dululah harganya...mahal tu wei..lepas tu kena pakai penanda kat tangan...kalau nak sewa apartment tu elok servey dulu harga ikut owner apartment yang berlainan...

Thursday, November 24, 2011

hijrah











Apa itu hijrah?siapa tahu angkat tangan......haa... hijrah bermaksud perpindahan,perubahan atau peralihan ...itu dari segi bahasa.Sebenarnya hijrah itu memberi seribu pengertian kepada setiap individu.Salah satu daripadanya ialah Hijrah hati iaitu dengan seikhlas hati, kita meninggalkan sifat-sifat yang keji(tak baik/kurang baik)berubah kepada kepada sifat-sifat yang terpuji(yang lebih baik).


Apa yang penting apabila berhijrah tu biarlah dengan dengan hati nurani dan rohani yang bersih semoga penghijrahan kita ini diberkati oleh Allah dunia dan akhirat.Kita menambahbaik kekurangan yang kita ada.


Doa Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib .

Doa Awal Tahun( Dibaca selepas solat maghrib )


Doa Akhir Tahun (Dibaca selepas solat asar).


Thursday, October 6, 2011

assalammualaikum buat semua pembaca2 dan teman2 blogger.Terlalu lama saya tak menulis diblog ini.Pada 26/7/2011 yang lepas saya telah selamat melahirkan baby perempuan melalui pembedahan.Pada kandungan berusia 6 bulan melalui uijan imbasan "Detail Scans" doktor mengesahkan kedudukan uri /plasenta berada di bawah.






Plasenta dibawah ni boleh membahayakan nyawa baby dan nyawa ibu...sebab anytime akan berlaku tumpah darah....bimbang tak sempat ke hospital....so pada 23/6/2011 saya telah warded masatu dah 30 weeks... bermulalah sejarah berumah tangga di PPUKM/HUKM .Masa ni hati ni betul2 tercabar apa tidaknya terpaksa berpisah dengan ketiga-tiga permata hati setakat berpisah dengan suami tu masih boleh bertahan lagi.Demi menjaga kesempurnaan kandungan yang uri dibawah ini...dan nyawaku juga ...tinggal dihospital sehingga bersalin ..itulah yang terbaik.Di jangka tinggal dihospital dalam pengiraanku lebih kurang 2 bulan....mak datuk!!! lama tu...






Apa yang menyedihkan saya ialah... ketiga anak2 yang berusia 12thn (girl),8 thn (girl),4 thn (boy) kena tinggal dengan ayah.Segala urusan anak2 yang saya uruskan termasuk hal sekolah, makan pakai anak kini diambilalih oleh si ayah...bermulalah episod perubahan pada emosi anak2.Puas memujuk hati sianak2 agar merelakan "berpisah" buat sementara....Yang menyedihkan tu bila si boy tu...malam2 talipon merayu2 ...ayat yang tak tahan nak dengar"ummi baliklah...adam nak ummi buatkan milo untuk adam...ayah buat tak sedap"...pastu "adam nak tido dengan ummi"...sambil nangis2....kesiannya.Kalau tak kuat semangat ... mahu malam tu jugak saya tinggalkan hospital tu...pujuk diri sendiri ...sabarlah hati....dia siap ajar...bila doctor takde tu...ummi larilahhh...adam tunggu kat pintu rumahhh ni...sian budak ni...






Untuk masalah plasenta atau PP....yang akan menghuni lama dihospital kami duduk satu group masa tu ada 6 orang kat katil2 belakang...maklumlah lambat lgi nak bersalin..Hari2 kena menghadap doktor2 dan nurse2 yang baik belakaa di situ...yang bosannya amik darahlah...naknya bila doktor2 pelatih yang menyuntik jarum ke badan kita...alih2 tk menjadi tukar pulak cari urat lain..tak menjadi jugak...ni darah dah menitik2 ni...geram dgn perangai diaorg ni....tak reti mengaku jelah tak reti...,cek kencinglah, CTGlah, Scanlah dan untuk kali ini saya kena buat MRI....ha...aku tertanya2 MRI tu apa? nantilah saya ceritakan...






Homeleave...ha ..kat sini ada homeleave...buat PP ..bersyarat belum 34 weeks dan tak pernah bleeding...oops saya merasa 2 kali home leave...seronok balik rumah sendiri walaupun 2 hari sabtu dan ahad saja....paling best bila dengan anak2....masa paling berharga....






Bagi PP dilarang banyak berjalan, angkat berat,jangan lasak kalau boleh duduk atas katil je...ni nak cerita saya telah bleeding pada kali ke 2 balik rumah pada...jumaat malam sabtu pukul 3.30 pagi....masa tu sedang tidur..terjaga sendiri bila terasa basah...saya rasa mungkin kencing ...bangun perlahan2 sempat buka lampu...panggil suami dan tiba2 saya rasa macam nak gempa bumi dan ada benda yang jatuh terkeluar....ya allah seketul darah dan habis terpercik darah pada katil dan bilik...saya menjerit panggil husband yang tidur dengan anak2 di ruang tamu...Dalam mamai2 dia tu...dia ingat baby yang keluar...apalagi terkejut dia...dalam panik dia sempat berfikir dan sepantas kilat dia turun ke ting 2...rumah kakak untuk pinjam "wildchair" emak...sempat call kakak ipar untuk jaga anak2 yang sedang tidur...






Lebih kurang pukul 4.00 pagi sampai kat emergency ibu mengandung....kelam kabut nurse...yang pada masa tu rasanya dia orang rehat sebab takde pesakit...kat baju, kain kaki habis darah meleleh...kat katil tu doctor telah menyuntik 1 dos untuk menguatkan paru2 bayi...aduh sakit suntikan ni...nanti 12 jam lagi akan kena satu dos suntikan lagi...lepas tu saya di tolak untuk masuk ke wad namanya HDU...lebih kurang ICU jugaklah...kat sini dijaga rapi oleh nurse dan doctor bertugas....masa ni perut saya rasa memulas2 macam nak beranak...contraction ...waduh...puas memegang perut...nurse pun bagi 3 pil untuk berhentikan contraction...setiap 1/2jam ...makan sebiji...habis je ubat tu....contraction tak berhenti jugakkk....doctor semahunya tak akan melakukan operation keatas saya sebab baby baru 32 mingggu...belum betul2 sempurna...doctor pun kata dia akan masukkan ubat harganya doctor kata rm1000...mahalnya..kalau tak silap namnya AUTOSIBAN...macam tulahh bunyinya...kiri kanan tangan kena cucuk..untuk drip air dan ubat....so mengalirlah ubat tu dalam tubuh saya...wah saya tiba2 rasa panas yang teramat...siap tanya nurse..aircond takde ke....nurse kata "adalah puan"...nursepun jelaskan ubat tu akan buat pesakit panas dan tak selesa....memang betul....lepas tu contraction pun berhenti....syukur kepada ALLAH..yang sentiasa mendengar dam memakbulkan doa hamba2nya....sebab sepanjang berada dihospital saya sentiasa berdoa kepadanya....




Saya perlu berada di wad HDU sehingga doctor betul2 berpuashati....dengan tahap kesihatan saya, disini diberi rawatan yang betul2 rapi sebelum dimasukkan kewad biasa semula...malam tu saya dibawa oleh nurse ke wad biasa tetapi tidak lagi di tempat lama sebaliknya ditempatkan di katil yang berhampiran dengan kaunter nurse...so kalau apa2 berlaku senang nurse nak memberi bantuan...Seperti biasalah kawan2 kesayangan kat situ datang menziarah saya..ada diantara mereka telah merasai dan melalui apa yang saya alami...






















Tuesday, May 31, 2011

Puding kastad bersusu







Dessert...wow bestnya...tapi apa dessertmya...ha ni dia puding kastad bersusu.Puding ni sesuai dihidangakan sejuk. Lihatlah gambarnya....


Bahan2.

1 peket agar2

1peket tepung kastard

1sudu marjerin

susu cair

buah2an dalam tin

gula pasir

(semua bahan saya agak2 je)

Cara:

-Rebus agar-agar agak2 6/7 cawan air atau ikut sukatan air yg sesuai. bila dah larut masukkan gula pasir (jangan terlalu manis).masukkan majerin ,susu cair, tepung kastad yang telah dibancuh dengan air.Kacau hingga nak membeku masukkan dalam bekas

-Untuk kuahnya masak susu cair +gula + air +.Sejukkan, hidangkan dengan buah2an dalam tin.





burung puyuh goreng bercili



anda suka makan burung puyuh?...pada yang tak pernah makan cubalah ...sedap dagingnya.Untuk sekali makan tu 4 ekor cukup rasanya.ini menu dari saya...best meratah2 dagingnya.

bahan2:

4 ekor puyuh di (seekor dipotong 4)-gaul dengan garam+kunyit dan digoreng ketepikan bila dah goreng)

tumbuk cili api sikit +halia sikit +bawang besar +bawang putih

cili kering blender

1 batang serai


cara:


Panaskan kuali, masukkan cili blender +bahan2 yang ditumbuk hingga masak.masukkan serai yang dah di ketuk2.

bila sambal dah masak masukkan burung puyuh yang telah digoreng gaul hingga sekata.

hidang bersama nasi panas.






Thursday, May 19, 2011

lagu sunyi dan sepi

Ya allah lamanya tak update apa2 kat sini....xpe lepas ini saya akan mengilhamkan resepi2 yang sesuai dimana resepi yang kalau boleh dari air tangan saya sendiri ..ceh wahh...insyaallah..