Wednesday, July 28, 2010

Kesihatan












Kesihatan merupakan aspek yang penting dalam diri seseorang manusia. Sekiranya kita sihat, rutin seharian kita akan berjalan dengan lancar,hidup kita lebih ceria dan minda kita akan berkembang.Terasa ringan fizikal kita dalam melaksanakan tugas seharian.

Banyak faktor yang menyumbang kearah kesejahteraan kesihatan kita. Salah satu daripadanya ialah pengambilan makanan seimbang dalam carta piramid makanan dan pemakanan kita seharian. Harus diingatakan disini, jangan sesekali meninggalkan sarapan pagi kerana sarapan pagi adalah menu yang amat penting dan merupakan satu kemestian dalam menyajikan tenaga kepada kita .

Pada hari yang baru kita semestinya mengisi semula bekalan tenaga yang baru di awal pagi.Selepas itu kita akan mengorak langkah dalam melaksanakan tugas seharian yang memerlukan gandingan tenaga yang secukupnya samada sebagai pelajar atau pekerja.

Bagi seorang pelajar, jangan biarkan perut kosong semasa melangkah ke sekolah. Perut yang kosong biasanya mengganggu penumpuan murid dalam kelas terutama waktu sebelum rehat akan menyebabakan perut memulas –mulas disebabkan serangan angin. Bersarapanlah walau dengan secawan air dan sekeping roti sebagai alas perut. Buangkan tabiat malas untuk bersarapan.

Untuk hidangan tengahari cukup dengan sesenduk nasi, seketul ayam atau ikan serta makanlah lebih sayur-sayuran yang berwarna. Jangan lupa makan buah buahan yang berkhasiat samada sebelum makan atau selepas makan.

Disarankan mengambil makan malam sebelum pukul 8.00 malam. Jangan makan makanan yang berat cukuplah dengan makan seperti sup atau makanan lain yang ringkas, lebihkan sayur-sayuran dan buah- buahan. Sekiranya tidur lewat, bolehlah mengambil snek ringan seperti secawan susu dengan sedikit roti atau biskut fiber. Amat tidak sesuai mengambil makanan berat pada lewat malam. Ini adalah kerana sedikit saja kalori diperlukan memandangkan selebihnya adalah waktu tidur. Sebaiknya jangan mengambil teh atau kopi selepas makan malam kerana kandungam kaffien boleh mengganggu waktu tidur kita.

Elakkan dari makan makanan berlebihan dalam satu masa kerana ini akan mengundang kegemukan sebaliknya makanlah kerap tapi sedikit – sedikit. Tabiat suka mengunyah makanan ringan seperti kerepek, keropok dan seumpama itu juga adalah pencetus kegemukan . Kurangkan makanan berminyak dan berlemak kerana ia boleh menambah kelesterol dalam badan kita.Ini adalah fenomena yang tidak sihat.
Tubuh badan kita juga memerlukan putaran air yang secukupnya.Minumlah lebih dari 8 gelas air putih dalam sehari. Jauhi pengambilan gula yang berlebihan dalam makanan dan minuman kerana ia boleh mendatangkan penyakit kencing manis. Air yang mengandungi gas seperti pepsi, cola dan sebagainya mengandungi kandungan gula yang banyak. Jauhi dari mengambil air yang seperti ini.
Tidur juga menyumbang kepada kesihatan tubuh badan manusia.Tidur yang cukup boleh menceriakan hari- hari yang kita lalui tanpa rasa mengantuk, menguap sana sini. Kita akan berasa lesu dan tak bermaya sekiranya kita tidak mendapat tidur yang secukupnya.Tidur bagi kanak-kanak sebaiknya 8-10 jam manakala orang dewasa 6-8 jam dalam sehari.
Luangkan sehari dalam seminggu untuk beriadah bersama keluarga seperti bermain badminton, berjogging,berjalan-jalan ditasik dan seumpamanya. Disamping kita beriadah kita dapat memupuk kasih sayang sesama ahli keluarga kita.

Sayangilah tubuh badan kita dalam aspek kesihatan supaya kita memperolehi tahap kecergasan yang memuaskan dan bimbinglah diri kita untuk memperolehi kesejahteraan dalam hidup kita.Berfikiran positif dalam menangani setiap permasalahan yang mendatang.









Monday, July 26, 2010

Carilah syurga itu











Bagaimana agaknya nasib kita diusia senja kelak. Adakah anak-anak sanggup menjaga kita di usia emas sebegitu. Justeru, kalau kita tak mahukan nasib sedemikian rupa, eloklah kita sentiasa berusaha untuk membahagiakan kedua ibubapa kita selagi hayatnya masih ada. Eloklah kita renung dan telitikan kerana hidup kita ini seumpama roda suatu masa nanti kita jua akan berada di zon tua seperti mereka.

Jadilah manusia yang waras dalam berfikir siapakah yang melahirkan kita didunia ini,siapakah yang sanggup berjaga malam menukar lampin, menyediakan susu, mendodoikan kita sehingga kita terlena dalam dakapannya, sanggup bersengkang mata sedangkan insan lain lena diulit mimpi- mimpi indah. Dengan penuh kasihsayang dia menjaga kita tanpa ada rasa penat dan inilah hakikatnya rasa kasih seorang ibu terhadap anak-anaknya.

Itulah dia insan yag dipanggil ibu, emak, mama, mummy, ummi atau pun bonda. Persoalannya sejauh manakah kita sebagai anak sanggup pula membalas jasa seorang insan yang sanggup bersusah payah mendidik kita agar menjadi orang yang berguna. Begitu juga dengan ayah yang sanggup berkorban masa , tenaga dan segalanya demi kebahagiaan keluarga.Sebagai tonggak dalam sebuah keluarga ayah akan memastikan segala pakai makan minum anak -anak disediakan meskipun berhujan berpanas diluar sana.

Dalam masyarakat kita hari ini nampaknya masih ada anak-anak yang menganggap menjaga ibubapa yang tua dan uzur adalah satu bebanan. Padahal, ini merupakan satu tanggungjawab yang perlu digalas oleh setiap individu dalam institusi kekeluargaan. Didiklah diri kita untuk menjadi anak yang baik dan soleh menuju ke destinasi syurga yang terletak di bawah telapak kaki ibu. Carilah olehmu wahai anak-anak syurga idamanmu itu.

Menjaga seorang ibu atau yang semakin uzur dari segi mental dan fizikalnya memerlukan kekuatan dalaman bagi seorang anak.Tuntutan tahap kesabaran yang tinggi perlu disemai kerana bagi ibubapa yang uzur ini kebanyakkan bersikap seperti keanak-anakkan yang memerlukan perhatian yang lebih.Tahukah anda, disinilah tersembunyinya laluan ke syurganya itu.

Tidak keterlaluan jika dikatakan ada golongan anak-anak sanggup menghantar ibubapa mereka ke pusat penjagaan orang-orang tua. Alasan mereka supaya ibubapa mereka lebih selesa disana. Padahal anak-anak tak sanggup menjaga mereka yang dianggap membebankan mereka untuk menguruskan makan minum dan pakaian mereka.Tambahan pula bagi ibubapa yang tahap kesihatan memang uzur seperti menggunakan lampin pakai buang. Jijik mereka dengan bau najis ibu mereka sendiri apatah lagi untuk mencucinya. Rugilah anak-anak yang berfikiran sedemikian rupa.Lakukanlah dengan ikhlas kerana inilah saham-saham yang melayakkan kita ke syurganya.

Pernahkah kita selami betapa hancurnya perasaan ibu dan ayah apabila anak yang diharapkan untuk menjaganya diusia emas sanggup menghantar mereka ke pusat asuhan orang-orang tua. Bermuhasabah diri dan berilah kasih sayang kita kepada ibubapa yang meniti hari yang sekelumit cuma sementara menunggu panggilan illahi mungkin esok atau lusa.Ambillah kesempatan yang seketika ini untuk menuju ke syurganya.

Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil lagi". Bacakanlah doa ini selalu untuk mereka.

Bagi anak –anak diluar sana yang masih mempunyai ibubapa luangkan masa untuk menalipon mereka sekiranya tidak tinggal bersama mereka . Mungkin mereka tertunggu-tunggu panggilan dari anak-anaknya. Carilah masa rebutlah peluang untuk pergi menziarahi mereka. Mungkin mereka rindu dengan anak, menantu dan cucu-cucu mereka. Mesti terpancar cahaya kegembiraan di wajah mereka yang sentiasa menanti kepulangan anak menantunya. Ada segelintir anak-anak setahun sekali baru jenguk kampong halaman itupun masa musim perayaan dengan alasan sibuk tak sempat balik kampung.Berfikirlah dulu sebelum membuat keputusan.

Beruntunglah ibubapa yang mempunyai anak solah yang sentiasa menjaga mereka ketika mereka memerlukan dalam apa jua bentuk sekalipun. Sejuk hati ibu yang melahir dan membesarkan mereka. Berlemah lembutlah ketika bertutur dengan mereka kerana semakin tua mereka hatinya semakin rapuh dan mudah tersentuh.


Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan
Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan
Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu ditelapak kaki IBU......

Sunday, July 18, 2010

suara


suara....
Kau luahkanlah apa yang terpendam
Jangan luah dalam diam
Itu menyiksakan….

Bukalah bicara
nyatakan apa yang tersirat
Bukan hanya bermonolog…
Mainan perasaan yang tak tersurat
Damaikan jiwa bukan hanya bermain rasa….

Benar…
Payah untuk berkata
Kelu lidah untuk bersuara.....
Suaramu ada…nyatakanlah
Wahai suara...

Hentikan ...tangisan dihati
Biar…lara itu pergi
Halwakanlah dibibir supaya alam
Mendengar…
Sengsara yang kau pendam…
Mungkin rindu yang terpendam ...
Sarat dan berat dalam sendu yang tak terubat
Luahkanlah…
Biar ku mengerti…bisik hati…

Suara…
jangan kau siksa perasaannya..
jangan kau pendam dukanya...
Lepaskan dia…
Leraikan rindunya rungkaikan kisahnya
Kumahu kau bisa tersenyum
Jangan kau bawa dukanya yang dikendong
Sebelum matanya terpejam…

rukun islam dan rukun iman

Buat anak2 ku...baca dan hafalkan tau.

Rukun Islam ada lima (5) perkara :

(1) Mengucap dua kalimah syahadat

(2) Sembahyang lima waktu

(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan

(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)

(5) Menunaikan zakat.


Rukun Iman ada enam (6) perkara :

(1) Beriman kepada ALLAH SWT

(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat

(3) Beriman kepada Kitab-kitab

(4) Beriman kepada Rasul-rasul

(5) Beriman kepada Hari Kiamat

(6) Beriman kepada Qada dan Qadar

Thursday, July 15, 2010

Wajah

Pada wajah2 itu...
selalu dikirimkan rindu
diwajah2 itu...
tersemat seribu rasa
tatkala wajah disapa...
terbayang seribu kenangan
warna suka warna duka...
kisah silam menerpa dijiwa....
Dan wajah2 itu kini terbang
Dibawa oleh suka duka semalam..
sewaktu senja merangkak
tiba kelam malam menerjah hati
pasti..
tak kan kutemui lagi wajah2 yang sepi...
selangkah kau pergi ..
wajah2 itu tetap hidup
dalam jiwa dan ragaku...
biar tanpa bicara tanpa rasa..
dalam setiap waktu
kukirimkan doa...hadiah untukmu.

nukilan
lynza

lirik nasyid menarik



Di bawah ini ada satu lirik /nasyid tentang kisah kelahiran junjungan nabi Muhammad SAW.Kepada adik/anak yang bersekolah rendah elok hafalkan liriknya sebab ada soalan dalam peperiksaan berkisarkan tentang sejarah kelahiran nabi....so sedikti sebanyak dapat membantu kita menjawab soalan contohnya:
1) Bilakah nabi Muhammad SAW dilahirkan?
2) Siapakah nama ibu nabi Muhammad SAW?
3) Siapakah nama bapa nabi Muhammad Saw?
4) Dimanakah nabi Muhammad SAW dilahirkan?
5) Berikan satu tarikh nabi Muhammad SAW dilahirkan?
6) Pada tahun apakah nabi Muhammad SAW dilahirkan?

Junjungan Mulia

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia.

Monday, July 12, 2010

kelebihan sunat Dhuha

Rezeki melempah, berkat dan halal.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha
ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya
adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.
note
Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu.

niat
Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana allahi taala.
-rakaat pertama baca surah Al-fatihah lepas tu surah Al-Syam.
-rakakat kedua basa surah A-Fatihah lepas tu surah al -Dhuha.
-bila dah habis salam bacalah doa ini:-

Ya Allah,
1)sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,
2) kecantikanny adalah kecantikanMu,
3)keindahan itu keindahanMu,
4) kekuatan itu kekuatanMu,
5) kekuasaan itu kekuasaanMu dan
6) perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah,
1) jika rezekiku masih di langit maka kau turunkanlah,
2) dan jika di dalam bumi hendaklah engkau keluarkanlah,
3) jika ia sukar, permudahkanlah,
4) jika iyanya haram maka kau sucikanlah dan
5) jika ia jauh,maka kau dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh. Amin.

kebaikan munajat kepada anak-anak

Assalammualaikum,
Adakah kita (ibubapa) selalu mendoakan untuk kebahagiaan masa depan anak kita....?

Bermunajat (Doa Dalam Hati)lah selalu untuk anak kita.Caranya:

1.Bertaubat zahir dan batin dalam hati (Astagfirullah..)
2.Usap kepala anak kita ketika-
a) bersalam atau berpisah
b)semasa anak sedang tidur
c) bila2 jer..(masa mandikan baby pun ble..)
d)amalkan memeluk anak2 setiap hari supaya dia merasa ibubapanya amat menyanyangi dia.
3.Sambil bermunajat untuk kesejahteraan dan kejayaan mereka di dunia dan akhirat (dalam hati)
4.Boleh berdoa Munajat dalam bahasa melayu jer..contohnya "Ya Allah..engkau rahmatilah kesejahteraan.... (berdoalah apa2 yang kearah kebaikan mereka).

Semoga apa yang saya coretkan ini sedikit sebanyak membawa kebaikan dan kesejahteraan hidup kita. Amin.

Thursday, July 8, 2010

Kucari

hati...
Sucikan diri dari bencana duniawi
biar noda2 itu bisa hitam kelam
akan kucari jua cahaya2 suci
biar menerangi yang hakiki...
pekat melekat dijiwa kelam...
Tatkala masa merangkak
mencari sesuatu...yang tak pasti
Dimanakah itu..

Cari dan terus kucari disudut dan penjuru sepi
Pasti kutemui jua...
Di suatu harapan yang memanjang...

nukilan
lynza

Wednesday, July 7, 2010

Pesanan buat anak2ku sayang

Hai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).
Surah lukman ayat 17


Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutilah suatu hari yang (pada hari itu) seorang bapak tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat (pula) menolong bapaknya sedikitpun. Sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan jangan (pula) penipu (syaitan) memperdayakan kamu dalam (mentaati) Allah.
surah lukman ayat 33

Detik ini

Assalammualaikum....Ini merupakan detik permulaan bagiku untuk memulakan sesuatu yg telah lama terpendam....ialah bukan menjadi penulis tapi sekadar utk melahirkan atau meluahkan apa2 saja idea-idea yang tercetus..dimindaku...sebab aku merasai aku memiliki itu.. apa yg tersirat dan tersurat akan ku gubah dan kugarap dalam ilham yang kadang2 "tersemak"....diminda...