Assalammualaaikum sahabat-sahabat yang aku sayangi.Maafkan aku kerana mengambil masa yang begitu lama untuk menyiapkan dan mencoretkan sesuatu kenangan yang kita ciptakan bersama.Kenangan indah ketika kita sama- sama menyambut syawal yang hanya tinggal beberapa hari saja lagi untuk sampai ke penghujungnya...Tetapi aku rasa sebaliknya seolah-olah syawal baru saja bermula ... maklumlah masing-masing datang dengan perbagai gaya, corak dan warna mengikut kesukaan yang tersendiri...tambahan pula dengan iringan lagu-lagu yang bertemakan suasana raya.
Hebatkan penangan rakan2 SKKP ni..π
Keseronokan kami berselang seli dengan rasa yang menyentuh perasaan ketika kami melangkahkan kaki kami semula ke SKKP setelah berpuluh tahun meninggalkan alam persekolahan kami di sini.Aku sempat mengimbau kembali kenangan semasa perhimpunan... ketika aku berlegar-legar di tapak perhimpunan yang telah banyak berubah di persekitarannya.Masih terasa seolah-olah kami sama-sama berhimpun menyanyikan lagu Negaraku di bawah pimpinan ketua penawas kita ...siapa lagi kalau empunya nama ..Razman Malik (pengawas berseluar pendek) .π.. dan dibantu oleh... ingat lagi tak ...Gunaselan seorang pelajar yang sangat pintar dalam kelas 5 Merah pada masa itu...sekarang tak dapat dikesan jejak dia..π
Sambutan raya kami diadakan di kantin sekolah SKKP..dengan usahasama ajk dan kawan-kawan yan g sangat"sporting" di pandangan mata aku.Walaupun kehadiran buat kai ini tidah seramai masa reunion pertama dulu namun kemeriahannya dapat dirasakan.Dengan izin Allah kami diberi peluang untuk bertemu dengan bekas guru yang suatu ketika dulu telah pernah mengajar kami iaitu Cikgu Muhammad bin Sulaiman.Dialah satu-satunya bekas guru yang dapat meluangkan masa bersama meraikan sambutan hariraya ini.Kepada guru-guru yang telah kembali kepada Sang penciptanya...kita kirimkan doa dan sedekahkan Al Fatihah buat mereka...π
3 gambar ni....alhamdulillah masih panjang usia mereka....walau tak dapat bersua...tengok gambar pun cukuplah...
tengok masing2 dalam mode kegembiraan...
Peluang macam ni mungkin datang sekali je...
Huii...ramai betul peminat si Mamat ni....
Dulu zaman sekolah tak dapat peluang macam ni...
pengetua sekolah skkp yang terkini...
Merakam kenangan -kenagan indah bersama-sama...aku sayang kamu2 semua.
Macam-macam hadiah yang ada...
Artis - artis kita...
Sembang ...jangan tak sembang...
wajah-wajah kesanyangan...
Zaman kanak2 dulu malu nak menyembang...
ajk2 menjalankan tugas yang disandangkan...
Future YB......yuhu..
Semua nak menyelit dan manja2 dengan ex cikgu kita...this is our family...
Santai-santai gitu....
Sesi lucky draw...semua orang dapatkan...
Dulu kanak2 riang....now is mummy2 vouge
wajah-wajah kawan yang aku sayang...
Lepak2 dengan wajah2 yang dirindui sementara aturcara bermula...
Posing2 dulu...
Sedang jari jemariku rancak mengetuk abjad2 ini terselit rasa sayu...terlintasi di kotak fikiran ku..adakah esok2 atau lusa2 atau tahun2 yang akan datang... masihkah ada ruang dan peluang untuk kita merakam suasana sebegini lagi.Sebak aku beb...π’
Aku menadah tangan ku memohon kepadaMu..."Ya Allah kau kurniakanlah kami kesihatan yang baik serta limpahkanlah rezeki dan berilah hidayah untuk kami beramal soleh sebelum terhentinya nafas terakhir kami...Amin..Langkah kita harus diteruskan dalam meniti usia yang semakin besar angkanya...mudah2an kita dapat bersua lagi di lain masa.π
Sebelum aku melangkah meninggalkan perkarangan sekolah...aku sempat meminta maaf sesama kami ...maklumlah dan petang masing2 pun nak beredar ke destinasi masing-masing...
Mudah2han 2018 ada lagi majlis yang dirangka sebegini...ππ
with love
lynazz
oct 2017
No comments:
Post a Comment