Tuesday, October 2, 2012

TADARUS 2012

Majlis mengaji Al Quran beramai2 di RTM (tadarus)

Majlis khatam di Wisma Bernama






Alhamdulillah selesai sudah

MENCARI SEMALAM

Terlewatkah aku...
mengejar semalam yang hilang
di sebalik ufuk terbenam
Saat mentari senja tersembam....

Hilang sudah semalam...
Lenyap dari pandangan
Rapi dalam dakapan memori hati
Akan diillusikan dalam mimpiku di dinihari
Agar semalam ku segar diingati....

Hari ini...
bersama semalam yang pergi
Dambaan bertamu diminda hati
Diuliti saat yang menginjak masa
Sedetik cuma tidak akan dilupa
Akan dirindu sebalik tirai semalam ...

Hari mendatang...
Bukan kealpaan untuk menggamit
Sisa-sisa semalam....
Cuba menggapai semalam ...
walau jemariku tak sampai
Mencapai semalamku.....

Sanubari...
Merindui semalam yang hilang
Pada rasa yang sukar dimengertikan
Umpama igauan ngeri
Semalam berhimpit di memori hati...

Semalam...
Jenguklah hari ini
Yang sarat memori...
Dampingi detik yang sama setiap hari
Sekelumit rasa... tidak mampu merungkai
Dalam memori semalam.

Semalam ...
Andai dalam lena kau pulang
Jentiklah illusiku
Bawa ke alam nyatamu semalam....
Bersama malam....


Lynaz



Wednesday, March 7, 2012

sujud syukur




Assalammualaikum saudara semua....
rasanya setiap antara kita mesti ada rasa "sangat gembira dan rasa bersyukur sebab apa yang kita hajati tercapai" ....oleh itu wahai sahabat semua seeloknya kita melakukan sujud syukur.
Sujud syukur ialah satu sujud menunjukkan rasa berterima kasih kita di atas nikmat Allah s.w.t yang dilimpahkan atau doa kita termakbul dalam sesuatu perkara atau terhindar dari bencana.
Walaupun ia merupakan tuntutan sunat tetapi nilainya tinggi di sisi Allah.

Rukunnya:
1. Niat (dalam hati) 2. Takbiratul Ihram 3. Sujud (sekali sahaja) 4. Salam

syaratnya :

1) berwuduk 2) mengadap kiblat 3)menutup aurat .

Cara untuk melakukan sujud syukur ni mudah sahaja...

1)Niat, sahaja aku sujud syukur kerana Allh taala

2) Mengangkat takbiratulihram, ( ALLAHUAKBAR )

3) Sujud sama seperti sujud dalam Solat

Bacaan dalam sujud

1. Subhanauallah walhamdulillah wala ilaha illauallah wallahhu akbar (3X)

2. doa di dalam hati dalam bahasa melayu (note: jgn lafazkan dalam BM nnti terbatal sujud syukur)

---. Ya Allah,aku bersyukur diatas kurniaan dan nikmat mu

---. Ya Allah aku bersyukur dgn rezeki yang telah engkau beriak kepada ku

---. Ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapa ku dan dosa orang- orang yg beriman

---. Ya Allah jauhkanlah rumah dan tempat kerja kami dari bencana an malapetaka.

---. Ya Allah aku berjanji untuk mentaati segala perintahmu dan menjauhi segala laranganmu.

4) memberi salam.

Tuesday, February 28, 2012

mee tanpa asid borik



hai kawan2....meh kita buat mee sendiri tanpa bahan pengawet...bersih, suci dan halal.kat sini saya berikan resepinya

500gram tepung gadum
200ml air
sedikit garam
sedikit kunyit serbuk (hujung sudu)

masuk tepung dlm mesin , on kan sambil tu masukkan air, uli 1 min je pastu tu on untuk proses mencetak mee ...cam tu je....panaskan air menggelegak masukkan mee celur hingga dia naik ke atas macam rebus kuih buah melaka.kemudian cucurkan dibawah air mengalir untuk buang kanji sebab tepung gandum mengandungi kanji.itu saja.