Wednesday, March 7, 2012

sujud syukur




Assalammualaikum saudara semua....
rasanya setiap antara kita mesti ada rasa "sangat gembira dan rasa bersyukur sebab apa yang kita hajati tercapai" ....oleh itu wahai sahabat semua seeloknya kita melakukan sujud syukur.
Sujud syukur ialah satu sujud menunjukkan rasa berterima kasih kita di atas nikmat Allah s.w.t yang dilimpahkan atau doa kita termakbul dalam sesuatu perkara atau terhindar dari bencana.
Walaupun ia merupakan tuntutan sunat tetapi nilainya tinggi di sisi Allah.

Rukunnya:
1. Niat (dalam hati) 2. Takbiratul Ihram 3. Sujud (sekali sahaja) 4. Salam

syaratnya :

1) berwuduk 2) mengadap kiblat 3)menutup aurat .

Cara untuk melakukan sujud syukur ni mudah sahaja...

1)Niat, sahaja aku sujud syukur kerana Allh taala

2) Mengangkat takbiratulihram, ( ALLAHUAKBAR )

3) Sujud sama seperti sujud dalam Solat

Bacaan dalam sujud

1. Subhanauallah walhamdulillah wala ilaha illauallah wallahhu akbar (3X)

2. doa di dalam hati dalam bahasa melayu (note: jgn lafazkan dalam BM nnti terbatal sujud syukur)

---. Ya Allah,aku bersyukur diatas kurniaan dan nikmat mu

---. Ya Allah aku bersyukur dgn rezeki yang telah engkau beriak kepada ku

---. Ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapa ku dan dosa orang- orang yg beriman

---. Ya Allah jauhkanlah rumah dan tempat kerja kami dari bencana an malapetaka.

---. Ya Allah aku berjanji untuk mentaati segala perintahmu dan menjauhi segala laranganmu.

4) memberi salam.

No comments:

Post a Comment