Wednesday, July 28, 2010

Kesihatan












Kesihatan merupakan aspek yang penting dalam diri seseorang manusia. Sekiranya kita sihat, rutin seharian kita akan berjalan dengan lancar,hidup kita lebih ceria dan minda kita akan berkembang.Terasa ringan fizikal kita dalam melaksanakan tugas seharian.

Banyak faktor yang menyumbang kearah kesejahteraan kesihatan kita. Salah satu daripadanya ialah pengambilan makanan seimbang dalam carta piramid makanan dan pemakanan kita seharian. Harus diingatakan disini, jangan sesekali meninggalkan sarapan pagi kerana sarapan pagi adalah menu yang amat penting dan merupakan satu kemestian dalam menyajikan tenaga kepada kita .

Pada hari yang baru kita semestinya mengisi semula bekalan tenaga yang baru di awal pagi.Selepas itu kita akan mengorak langkah dalam melaksanakan tugas seharian yang memerlukan gandingan tenaga yang secukupnya samada sebagai pelajar atau pekerja.

Bagi seorang pelajar, jangan biarkan perut kosong semasa melangkah ke sekolah. Perut yang kosong biasanya mengganggu penumpuan murid dalam kelas terutama waktu sebelum rehat akan menyebabakan perut memulas –mulas disebabkan serangan angin. Bersarapanlah walau dengan secawan air dan sekeping roti sebagai alas perut. Buangkan tabiat malas untuk bersarapan.

Untuk hidangan tengahari cukup dengan sesenduk nasi, seketul ayam atau ikan serta makanlah lebih sayur-sayuran yang berwarna. Jangan lupa makan buah buahan yang berkhasiat samada sebelum makan atau selepas makan.

Disarankan mengambil makan malam sebelum pukul 8.00 malam. Jangan makan makanan yang berat cukuplah dengan makan seperti sup atau makanan lain yang ringkas, lebihkan sayur-sayuran dan buah- buahan. Sekiranya tidur lewat, bolehlah mengambil snek ringan seperti secawan susu dengan sedikit roti atau biskut fiber. Amat tidak sesuai mengambil makanan berat pada lewat malam. Ini adalah kerana sedikit saja kalori diperlukan memandangkan selebihnya adalah waktu tidur. Sebaiknya jangan mengambil teh atau kopi selepas makan malam kerana kandungam kaffien boleh mengganggu waktu tidur kita.

Elakkan dari makan makanan berlebihan dalam satu masa kerana ini akan mengundang kegemukan sebaliknya makanlah kerap tapi sedikit – sedikit. Tabiat suka mengunyah makanan ringan seperti kerepek, keropok dan seumpama itu juga adalah pencetus kegemukan . Kurangkan makanan berminyak dan berlemak kerana ia boleh menambah kelesterol dalam badan kita.Ini adalah fenomena yang tidak sihat.
Tubuh badan kita juga memerlukan putaran air yang secukupnya.Minumlah lebih dari 8 gelas air putih dalam sehari. Jauhi pengambilan gula yang berlebihan dalam makanan dan minuman kerana ia boleh mendatangkan penyakit kencing manis. Air yang mengandungi gas seperti pepsi, cola dan sebagainya mengandungi kandungan gula yang banyak. Jauhi dari mengambil air yang seperti ini.
Tidur juga menyumbang kepada kesihatan tubuh badan manusia.Tidur yang cukup boleh menceriakan hari- hari yang kita lalui tanpa rasa mengantuk, menguap sana sini. Kita akan berasa lesu dan tak bermaya sekiranya kita tidak mendapat tidur yang secukupnya.Tidur bagi kanak-kanak sebaiknya 8-10 jam manakala orang dewasa 6-8 jam dalam sehari.
Luangkan sehari dalam seminggu untuk beriadah bersama keluarga seperti bermain badminton, berjogging,berjalan-jalan ditasik dan seumpamanya. Disamping kita beriadah kita dapat memupuk kasih sayang sesama ahli keluarga kita.

Sayangilah tubuh badan kita dalam aspek kesihatan supaya kita memperolehi tahap kecergasan yang memuaskan dan bimbinglah diri kita untuk memperolehi kesejahteraan dalam hidup kita.Berfikiran positif dalam menangani setiap permasalahan yang mendatang.









2 comments: