Thursday, September 5, 2013

PENAWAR BAGI HATI









Assalammualaikum semua..πŸ’˜

Maafkan aku seandainya aku pernah menyakitkan hati sesiapa saja dengan cara sengaja ataupun tidak, bukan niat aku untuk berbuat demikian.Kadang-kadang aku tidak mampu untuk memuaskan hati orang lain.Dalam menjaga hati dan peraasan orang lain ada masanya hati aku sendiri terluka.Ketika itu aku hanya mampu untuk memendam rasa dan buat seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.😐

Kalau berceritap pasal hati dan perasaan , semestinya ia berkait rapat dengan individu bergelar manusia yang mempunyai perasaan, jiwa raga dan dianugerahkan dengan akal fikiran apabila membuat sesuatu keputusan.Bukan mudah untuk aku menjaga hati seseorang yang berada dipersekitaran kita sama ada kawan2, ahli keluarga ,adik beradik bahkan anak-anak kita sendiri.Sensitiviti hati seseorang itu bergantung kepada dirinya sendiri untuk terasa hati, berkecil hati, mengambil hati atau makan hati tak kurang juga  ....."Merajuk hati".😚

ok apakah "terapi" yang paling baik untuk mencari penawarnya apabila hati kita dilukai , tercalar, terhiris bagai sembilu dan yang paling parah...ayatnya" hatiku hancur luluh."...Apabila kita berjaya mengawal diri, mengawal perasaan yang sedang bercelaru dengan  masalah dan berjaya memujuk hati.... disitu ada penawar terapinya.Walau pun pahit... perit.... untuk ditelan di situ ada nikmat kemanisannya....πŸ˜‹

Menangis juga merupakan salah satu cara untuk kita meluahkan rasa hati.. meredakan perasaan dikala hati kita terluka....why not....teruskanlah menangis sepuas-puasnya seolah titisan air jernih yang mengalir itu  mampu membasuh luka di hati kita dan mengurangkan tekanan perasaan yang tak mampu kita tanggung lagi...mungkin kita akan berasa lega dan rasa puas setelah menghamburkan masalah dalam tangisan tadi...Kita kena kuat untuk megawal perasaan dengan penuh kesabaran dan keikhlasan, beristigfar sebanyak mungkin dengan ujian yang diberianNya....dekatkan diri dengan Allah ...percayalah mungkin ada hikmah disebalik sesuatu yang berlaku hanya Allah yang lebih mengetahuinya..😌

Mampukah kita memaafkan insan yang berjaya menyakitkan hati kita?...inilah langkah terbaik memaafkannya dia supaya jiwa kita lebih tenang tiada perasaan dendam....kerana" kemaafan adalah dendam yang terindah"...Berusahalah pujuk hati sendiri sebab hanya kita yang mampu mengawal diri dan perasaan yang  ditanggung pada ketika itu..Pandang ke depan dengan hayunan kaki yang mengorak langkah seterusnya..Hidup mesti diteruskan dan jadikan itu sebagai satu cabaran yang lebih mendewasaka kita...kutip ia  sebagai satu hadiah untuk diri sendiri .....ia sebahagian daripada kenangan yang sangat manis dalam hidup kita ...yang mungkin tak ada pada orang lain.Hebatnya bagi insan yang hatinya semulia ini...πŸ˜†


lynazzπŸ’“πŸ’“





No comments:

Post a Comment