Friday, March 10, 2017

PERTEMUAN SELEPAS 35 TAHUN



ASSALAMMUALAIKUM semua..
Tiada sesiapa yang dapat menduga dapat bertemu sua setelah 35 tahun berpisah, dapat berkumpul, bersembang, berkenalan semula, bergurau, usik mengusik, berbalas pantun ,berteka- teki...lagak seperti zaman  kanak-kanak riang lagi.Hari ini saat ini dan ketika ini...canggihkan teknologi komunikasi manusia zaman terkini...bersua di alam maya....hebat betulkan..

Apa yang aku ingat,  pada tahun1982 semasa darjah 6 merah dan dihari terakhir hari persekolahan dan disaat aku  melangkah keluar dari pintu pagar SEK KEB KUALA PILAH aku tidak lagi berjumpa kawan -kawan sekolah rendah aku.Yang pelajar lelaki terus melangkah kaki menyambung pelajaran ke sekolah menengah Tuanku Muhammad dan sang puteri- puteri pula melangkah kaki ke sekolah Menengah Tuanku Kurshiah..semuanya di daerah KUALA PILAH.Hiduplah kami dizaman yang semakin meremajakan semasa di sekolah menengah.Terpisah dalam menuntut ilmu  sebagai bekalan di masa hadapan."Tiada lagi ambil tahu tentang kawan- kawan di zaman sekolah rendah...walaupun sekolah kami berjiran.Akulah tu" ..kawan-kawan yang lain aku tak pasti..mungkin masih berhubung lagi atau sebaliknya..".atau ada cinta antara mereka"..aku pun tak tahu..

Siapa sangka adanya group wasap "SKKP 77-82" pada tahun 2017...semuanya telah dan berinjak  ke usia 47 tahun...disebut juga  ke penghujung 40an..3 tahun lagi genaplah usia kami  50 tahun..Sorry ye kawan-kawan ada sedikit pengiraan matematik  disini...,diterajui oleh kawanku yang bernama AMRUL..aku ingat juga wajah dia walaupun aku tak sekelas dengannya.Mulanya kawan sekampungku yang bernama MOHD NIZAL (still handsome this guy) ...pun aku terjumpa dalam group anak anak kg parit seberang...dia yang bagitau ada group sekolah rendah SKKP... dia dah join ..kalau aku setuju dia nak masukkan nama aku...aku kata nantilah tak payah masukkan aku dulu...ok diapun setuju.Bila aku fikir best ke group bekas sekolah rendah ni..aku bernostalgia semula tentang kawan- kawan lama  aku di Skkp semasa darjah 5 Merah dan 6 Merah...best kot....maybe..aku bermonolag sendiri..Lantas aku mengingat... satu persatu kawan-kawan sekolah rendah ku...Yang bestnya aku masih ingat nama-nama  diaorang.... maka dengan bangganya aku terbayang wajah- wajah comel mereka....

.MOHD NAIM,MOHD FAIZAL,AZMAN GHANI, MOHD NAZLI AJIS,SAIZAM OSMAN,AFHAINIZAM,MOHD RADHI, AMIR MOSKOW, NURHALIZA, NORIFAH, ROZIZA MUSTAPHA, SARIFAH NOOR BAHARIN,MAZNANI MANSOR, SALMIAH ABU ZARIN,ROSWATI JELANI, JULIA JAMLUS, NORIZAN,SHAMSINAR, ROSNIZA BAHARUDIN,NORZILA MANSOR (DARI DARJAH I AKU SEKELAS DGN DIA DI sEK KEB KG PARIT)...ASLIZA WAHAB, NORHAYATI LATIF,GUNASELAN, RAZMAN MALEK, MAZLAN BADAWI,ASMAH SHEIKH HUSSEIN, SUSILAWATI MAT AIL, HANIZA JOHARI..tahniah untuk aku kerana bejaya mengingat nama-namamu...wahai kawan-kawanku sayang...

Lantas aku wasap nizal ...masukkan aku dalam group SKKP...tiba-tiba  aku rasa sarat perasaan rindu aku kat kawan-kawan ku.Wah.. admin group dah masukkAN NAMA AKU..Terselit perasaan malu, segan..suka, seronok bila mereka.."welcome aku dalam group t"u...wow ..rasa sangat excited...bestnya jumpa korang semula...macam tak percaya pun ada..rasa suka sangat itu yang ketara...semakin ramai ahli-ahli dalam group dari kelas merah, putih dan biru,...Kepada Allah aku bersyukur masih memanjangkan usia  dan memberi aku peluang dan ruang untuk aku menyambung siratulrahim dengan kawan-kawan ku...Bukan cinta ye..Agak sedih juga ada sahabat yang telah dijemput illahi...Al fatihah kukirimkan kepada mu wahai arwah sahabat.....Baru aku tahu..Si ketua murid bernama Razman tu rupanya tinggal berjiran dengan aku di Desa Tasek Sg Besi...terasa kecil pulak dunia ini....hakikatnya sangat luas..

Usaha buat plan reunion ringkas menjadi ..di sebuah kedai makan di pekan Kuala  Pilah...seramai 18 orang...Bercampur baur ketika itu perasaan aku... antara  rindu nak tengok muka kawan-kawan, perasaan malu dan segan sebab dah lama tak berjumpa.....namun perasaan aku hilang tatkala kawan2 ku sporting2 belaka,,,seronok tau...Biarlah gambar- gambar dibawah ini bercerita......


                                           KELAS 6 MERAH 1982










Inilah bukti-bukti pertemuan kami buat julung kalinya....Memang banyak perubahan dari segi  saiz, wajah  dan penampilan dan ketrampilan.Apa-apapun ..sangat sangat meriah Aku dapat berjumpa  dengan Normah,  Najihah, maznani, Norazah,  Sharifah Noor,.Kejayaan misi reunion ini...telah mengorak langkah kami ke pertemuan yang seterusnya yang akan diadakan di ULU BENDUL pada  11 MAC 2017  bermula pada pukul 10 pagi.  Dijangkakan pertemuan ini akan lebih meriah kerana ramai yang kan menghadiri  REUNION DAN merangkap FAMILY DAY  sekali....

Untuk semua kawan-kawan SKKP  ku...hanya dengan kata - kata yang dapat aku luahkan..."aku sayang sangat sangat kat korang"..semoga Allah memberi kesihatan yang sempurna, dipanjangkan umur , dilempahkan rezeki dan semoga siratulrahim ini berpanjangan..jangan lupa ye sahabat... ibadah kita kepada sang penciptanya... sebelum kita dijemputnya..semoga ada pertemuan seterusnya..salam sayang untuk semua..






No comments:

Post a Comment