Tuesday, October 2, 2012

MENCARI SEMALAM

Terlewatkah aku...
mengejar semalam yang hilang
di sebalik ufuk terbenam
Saat mentari senja tersembam....

Hilang sudah semalam...
Lenyap dari pandangan
Rapi dalam dakapan memori hati
Akan diillusikan dalam mimpiku di dinihari
Agar semalam ku segar diingati....

Hari ini...
bersama semalam yang pergi
Dambaan bertamu diminda hati
Diuliti saat yang menginjak masa
Sedetik cuma tidak akan dilupa
Akan dirindu sebalik tirai semalam ...

Hari mendatang...
Bukan kealpaan untuk menggamit
Sisa-sisa semalam....
Cuba menggapai semalam ...
walau jemariku tak sampai
Mencapai semalamku.....

Sanubari...
Merindui semalam yang hilang
Pada rasa yang sukar dimengertikan
Umpama igauan ngeri
Semalam berhimpit di memori hati...

Semalam...
Jenguklah hari ini
Yang sarat memori...
Dampingi detik yang sama setiap hari
Sekelumit rasa... tidak mampu merungkai
Dalam memori semalam.

Semalam ...
Andai dalam lena kau pulang
Jentiklah illusiku
Bawa ke alam nyatamu semalam....
Bersama malam....


Lynaz



Wednesday, March 7, 2012

sujud syukur




Assalammualaikum saudara semua....
rasanya setiap antara kita mesti ada rasa "sangat gembira dan rasa bersyukur sebab apa yang kita hajati tercapai" ....oleh itu wahai sahabat semua seeloknya kita melakukan sujud syukur.
Sujud syukur ialah satu sujud menunjukkan rasa berterima kasih kita di atas nikmat Allah s.w.t yang dilimpahkan atau doa kita termakbul dalam sesuatu perkara atau terhindar dari bencana.
Walaupun ia merupakan tuntutan sunat tetapi nilainya tinggi di sisi Allah.

Rukunnya:
1. Niat (dalam hati) 2. Takbiratul Ihram 3. Sujud (sekali sahaja) 4. Salam

syaratnya :

1) berwuduk 2) mengadap kiblat 3)menutup aurat .

Cara untuk melakukan sujud syukur ni mudah sahaja...

1)Niat, sahaja aku sujud syukur kerana Allh taala

2) Mengangkat takbiratulihram, ( ALLAHUAKBAR )

3) Sujud sama seperti sujud dalam Solat

Bacaan dalam sujud

1. Subhanauallah walhamdulillah wala ilaha illauallah wallahhu akbar (3X)

2. doa di dalam hati dalam bahasa melayu (note: jgn lafazkan dalam BM nnti terbatal sujud syukur)

---. Ya Allah,aku bersyukur diatas kurniaan dan nikmat mu

---. Ya Allah aku bersyukur dgn rezeki yang telah engkau beriak kepada ku

---. Ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapa ku dan dosa orang- orang yg beriman

---. Ya Allah jauhkanlah rumah dan tempat kerja kami dari bencana an malapetaka.

---. Ya Allah aku berjanji untuk mentaati segala perintahmu dan menjauhi segala laranganmu.

4) memberi salam.

Tuesday, February 28, 2012

mee tanpa asid borik



hai kawan2....meh kita buat mee sendiri tanpa bahan pengawet...bersih, suci dan halal.kat sini saya berikan resepinya

500gram tepung gadum
200ml air
sedikit garam
sedikit kunyit serbuk (hujung sudu)

masuk tepung dlm mesin , on kan sambil tu masukkan air, uli 1 min je pastu tu on untuk proses mencetak mee ...cam tu je....panaskan air menggelegak masukkan mee celur hingga dia naik ke atas macam rebus kuih buah melaka.kemudian cucurkan dibawah air mengalir untuk buang kanji sebab tepung gandum mengandungi kanji.itu saja.

Monday, December 12, 2011

ikan siakap tiga rasa





bahan2
-ikan siakap
-kunyit serbuk
-garam
-sayur2=nenas,carrot,baby jagung,batang saleri,tomato,cili hijau dan merah yang bulat besar, daun sup,daun bawang, cili merah
-kicap tiram
-kicap manis
-kicap masin
-sos cili
-sos tomato
-bawang putih, bawang merah,halia


cara
-goreng ikan gaul dengan garam dan kunyit ,juga golekkan atas tepung jagung goreng hingga garing
-tumis bawang putih ,bawang merah dan halia
-masukkan sayur2an, semua sos dan kicap, tambah air agar ada kuah sikit2
-bila dah masak angkat dan taburkan diatas ikan tadi...selamat mencuba.

Thursday, December 8, 2011

bercuti di Permaisuri Resort,PD



sementara tunggu masa check in..pukul 3.00 petang tau waktu cek-in

Rania sedang berborak dengan ayah...

view dari ting 9

kolam mandi dari pandangan atas
bahagian kitchen



ruangan makan

santai di ruang tamu


inilah kolamnya



Ini biasanya acara musim cuti sekolah,bawa anak2 cuti kat Permaisuri Resort PD....best jugaklah kolam bersebelahan dengan pantai.Kami menyewa aprtment di blok baru 3 bilik sebab 3 family yang join sama.Siap bawa makanan sendiri untuk 2 hari 1 malam...oklah layanlah gambar yu.kali ini pergi bawa baby Rania Zara ,4 bulan.....

sepetang di pantai ayer keroh, melaka










Bestkan tengok air laut tu...masa ni bulan julai 2011 rasanya...saja suka2 singgah sat kat pantai ni...anak2 seronok main air...

Tiara Beach Lagi







haii...geng blogger..tau kan kat mana ni...kat Tiara Beach ni.. last year pergi this year pun pergi lagi...ikut ragam anak2 ni..mereka suka tempat ni...Untup pengetahuan semua start january 2011 sesiapa nak masuk kolam dikenakan bayaran kalau tak silap Dewasa rm30 ... kanak2 rm15 untuk seorang, ckeck dululah harganya...mahal tu wei..lepas tu kena pakai penanda kat tangan...kalau nak sewa apartment tu elok servey dulu harga ikut owner apartment yang berlainan...