Tuesday, September 21, 2010

AKU SEBUAH PETIAIS COMEL




ASSALAMMUALAIKUM...💕💕

Hamper 16 tahun aku bertuankan seorang lelaki yang baik pada pengiraan aku. Apa yang aku pasti dari sebelum tuan aku berkeseorangan sehinggalah dia memiliki keluarga.Aku masih ingat aku dipindahkan kerumah baru tuan aku yang pada masa itu telah memiliki 2 orang cahayamata.
Aku rasa seronok sangat kerana aku akan berada dikediaman baru bersama tuan ku kerana isterinya rajin mengelap badan ku hampir setiap minggu. Kadang- kadang aku bengang jugak dengan anaknya yang besar tu sebab suka menghempas muka ku dengan sekuat hatinya.”haa! nasib baik engkau tu kanak- kanak kalau tidak, nahas engkau aku kerjakan,”getus hatiku sendirian.😀😀

Hujung minggu adalah hari yang aku nantikan sebab isteri tuan aku akan membersihkan segala isi perutku. Segala kekotoran akan dicuci, luar dan dalam pula akan dilap sebersih bersihnya.Terima kasih puan atas keperihatinanmu. Pada musim perayaan aku mendengar juga ayat keluar dari mulut puan ni “sempit betullah peti ais ni berhimpit-himpit barang dalam ni, mana nak letak”, dengan nada bersahajanya. Pada mast itu aku rasa sangat sedih kerana tak berterimakasih atas pengorbanan aku selama hari ni. Apakan daya rintihan hati aku tak akan didengar oleh sesiapa. Apa tidaknya, kalau boleh semua benda nak disumbat dalam perutku ini. Maklum jelah aku ni kecil molek je.😋😋

Aku ni ada jugak penyakitnya bila tuan ku “memfroskan” aku ada lelehan kecil keluar dari isi perut ku…apa taknya akupun dah semakin berumur.Tuan aku masih boleh bersabar dengan segala yang berlaku . Itu yang aku suka dengan tuan aku ini. Diapun tak pernah menghantar aku ke klinik untuk baik pulih, selalu aku mendengar ayat pujian seisi rumah ni “walaupun dah uzur tapi sejuknya gila membeku”, itulah pujian-pujian sentiasa teriyang-iyang ditelingaku.Kembang jugak aku dibuatnya.
Namun, langit tak selalu indah.Satu hari aku terdengar perbincangan tuan puan aku yang berhasrat untuk membeli spises aku tapi yang besar. Berdesing telinga aku mendengar perbualannya, hancur luluh jiwa dan raga aku seperti habis madu sepah dibuang.Ya, benar pada pertimbangan aku tuan aku nak membeli yang baru dan besar, aduh! …macamana nasib aku.Dimana aku akan dibuang atau dihumban mungkin juga beralih tuan. Aku seperti tak sanggup untuk bertuankan orang lain yang belum tentu kerenahnya.😇

Suatu malam ketika aku leka bersendirian, aku dikejutkan dengan kehadiran spises aku yang baru dan besar 2X aku kukira.Waduh! siapakah gerangan kau yang begitu berani menceroboh masuk ke rumag tuanku ini. Ada 2 orang yang tak ku kenal mengusung badan besar yang mungkin menghuni atau menggantikan aku. Berderau darah aku tatkala tuan aku menghentikan aliran tenaga nadi ku.”Apakah bencana yang menimpa ini?”…desis hati kecil aku.😓

Memang betul sangkaan aku ,tempat aku telah diambil oleh kukira pengkhianat bagi aku…”Cis bedebah kau” umpama Tuah marahkan Jebat.Kukira nasib aku ini sangat malang, tuan aku telah meletakkan aku tanpa nadiku di suatu tempat berhampiran pintu utama keluar masuk. Bagiku tuanku akan mencampakkan aku bila-bila masa sahaja tanpa menghiraukan nasib aku.Rupanya, nasib ku masih terbela oleh ehsan puan yang berhati mulia. Dia berhasrat untuk menghadiahkan aku pada seseorang yang memang memerlukan aku. Dalam situasi begini aku amat berterima kasih pada puan aku. Aku dapat rasakan aliran kasihnya pada aku bila dia mengambil sehelai tuala lembab dan mengelap tubuh ku seperti memujuk aku dan jua mengelap isi perutku….terharu ku buat seketika.Tertetes jua airmataku ini yang kuseka-seka sebelum ini.😭

Dalam tempuh 2 minggu juga aku berada disitu sambil menghitung hari-hari terakhir aku disitu.Terima kasih ku ucapkan kepada seisi rumah yang sangat baik kepada aku dan anak- anak comelnya yang sangat memerlukan aku.Segala pahit manis aku disini akan ku semadikan hingga keakhir hayatku.Kepada tuan baruku aku berharap agar engkau jua dikurniakan sifat – sifat mulia seperti tuan aku ini. Disatu malam yang aku kira inilah malam terakhir aku disini, tuanku membawa ku masuk kedalam perut keretanya bersama tuan aku yang baru. Kepada tuan baruku harapan aku agar dia mampu menjaga aku sehingga penghujung nyawaku. Itulah harapanku dalam meniti hari-hari terakhir aku didunia yang fana ini..janji ku pada tuan baruku aku akan berbakti selagi aku mampu...😁



LYNAZZ 💕💕

No comments:

Post a Comment