Thursday, September 30, 2010

ANGKUH SANG BELANG

Didalam sebuah perkampungan haiwan terdapat seekor harimau atau Sang Belang yang sangat garang dan ganas. Akibat dari keganasannya itu boleh dikatakan kehidupan haiwan disitu terancam dan sentiasa berada didalam ketakutan. Banyak sudah binatang terutamanya anak-anak mereka menjadi mangsa dan santapannya.

harimau yang digelar "killer" oleh binatang disitu akan menjadi baik atau menyendiri apabila perutnya sudah kenyang untuk sehari dua. Apalagi kerjanya tidurlah dia dengan sepuasnya ."Aku cukup takut dengan sikiller tu tiap-tiap hari aku kena sorok anak2 aku sebab takut terserempak dengan dia"kata sang lembu kepada sang kambing semasa mereka sedang meragut rumput."Tu yang payah tu aku kena kumpulkan rumput ni untuk anak2 ku setiap hari, tak larat rasanya aku. Anak- anak aku pun boring sebab asyik berkurung je...sesekali bila ada keberanian aku bawak jugak mereka keluar.Bukan apa takut fikiran mereka terganggub asyik terperap aje," celoteh ibu kambing.

"Aku rasa kita mesti berikhtiar dan memikirkan apa yang patut kita lakukan untuk menghapuskan sidurjana tu. Walaupun si"killer' tu binatang macam kita tapi dia kini telah menjadi musuh utama kita, makin pupus generasi kita nanti ", sembang si lembu sambil meragut rumput dan memghimpun untuk makanan anak2nya. Mereka bercadang untuk berkumpul dan membincangkan masalah ini dengan binatang2 lain untuk menghapuskan si"killer" itu."Tak apa nanti aku jemput AJK binatang untuk bermesyuarat"sampuk sicomel yang digelar Sang Kancil yang sememangnya berada disitu sambil memakan dedaunan.

Dua hari kemudian majlis perbincangan itupun diadakan yang dihadiri oleh semua wakil-wakil keturun masing-masing. Selaku ketua disitu sibijak pandai "Sang kancil" meminta pandangan dan idea2 mereka dalam kemelut yang mereka hadapi."Aku pasti si "killer tu tak akan datang sebab baru semalam aku menerima aduan dia telah membaham anak Si Rusa yang cantik manis tu" jelas Si kancil. Hasil dari perbincangan itu mereka menemui satu idea yang logik dalam menangani masalah ini. Atas kata sepakat majlis itupun bersurai.

Tiga hari kemudian, dari jauh lagi telah kedengaran harimau mengaum lebih ganas dari biasa. Kecut perut dan bertempiaran haiwan - haiwan disitu melarikan diri. Dalam pada itu binatang yang diarahkan untuk memerangkap si "killer" telah bersiap sedia untuk memainkan peranan. Kesana kemari Si "killer " mencari mangsa dengan muka yang menggerunkan dengan dengusan yang menggila. Sambil berkata "kemana kau wahai binatang- binatang, aku dah terlalu lapar ni .Aku mahu makan daging kamu yang enak-enaknya sambil menghirup darah kamu sekalian..."namun tak seekor binatang pun bersuara, suasana disitu sungguh sunyi dan sepi buat seketika.



Dalam suasana seolah-olah damai oleh hiruk pikuk rimba, tiba - tiba bersuaralah si burung Helang..."hai Sang Belang aku disini "sambil berlegar -legar di atas kepala si "killer", kalau kau berani tangkaplah aku",sinis sungguh suara Si Helang seolah -olah mendabik dada. Helang masih lagi membuat banyak pusingan diatas kepala Sang Belang sambil mematuk - matuk belakang Sang Belang. Si Belang berdengus-dengus dengan nada yang amat marah.Tidakan helang tadi sedikit sebanyak telah menyebabkan Si Killer mengalami pening lalat dan rebah tiba-tiba. Dalam keadaan pening Sang Belang sempat berteriak marah "kurang ajar kau bedebah berani kau cuba mempersenda-sendakan aku, nanti aku akan kerjakan engkau" sambil berbaring diatas rumput.Si Helang masih lagi mempersenda-sendakan Si Belang sambil berkata"kau ni sungguh kejam dan tak berhati perut, kawan-kawan kau sendiri pun kau kau sanggup korbankan.Tak apa satu hari kau akan dapat pembalasan yang setimpal dengan perbuatan kau "kata Helang dengan nada yang penuh ketegasan sebelum meninggalkan sebelang yang terus terlena disitu.
Helang terus membelah awan dengan gayanya yang tersendiri.


Dalam perkampungan ini terdapat sebatang sungai yang besar dan mempunyai aliran air yang sangat deras.Biasanya haiwan- haiwan disini mengggunakan sungai ini untuk minum dan mencari makanan di tepi sungai ini. Seperti yang telah direncanakan sang kambing terus memainkan peranan dalam memerangkap si belang. Atas arahan Sang Kancil selaku ketua disitu, apabila dia terdengar si belang mengaum lantas diapun menuju ke satu kawasan yang semak di tepi tebing sungai.Walaupun berasa takut dan seram dengan si Belang, atas sokongan moral kawan -kawan disitu Sang Kambing mengumpulkan segala tenaga yang ada dan menanam semangat untuk meneruskan misinya itu.

Apabila Sang Belang nampak Sang Kambing disitu Sang Belang pun dengan pantas menuju kearah Sang Kambing sambil bermanalog sendiri"inilah mangsa aku seterusnya, perut aku memang tengah lapar ni", berbicara sendiri.Tanpa menghiraukan Sang Belang, Sang Kambing terus memainkan peranannya seolah-olah tidak nampak kehadirannya .Walaupun begitu ekor matanya masing mengerling kearah Sang Belang yang semakin menghampirinya.Tanpa berlengah -lengah lagi Si belang cuba menerkam Sang Kambing. Dengan pantas Sang Kambing berlari sekuat hati sambil menyusup - nyusup dicelah -celah semak dan hutan tebal. Sang Belang dengan pantas mengejar maka berlakulah adegan kejar mengejar disitu dengan disaksikan oleh sekumpulan haiwan lain yang berada tidak jauh dari situ. Siang Kambing terus mengelirukan dengan membuat pusingan U ditengah tebing disitu sambil meluru betul- betul kearah satu kawasan landai yang diselubungi dengan serakkan daun-daun kering yang sangat banyak disitu. Dengan bersaizkan tubuh yang kecil Sang Kambing selamat menempuh kawasan itu kerana tubuhnya ringan dan mampu mengawal pergerakannya seperti yang telah dirancangkan. Dengan mengaum ganas Sang Belang terus menerkam kearah Sang Kambing dan hampir-hampir mengenai sasaran.Terkaman itu tidak tepat menyebabkan Sang Belang tergelincir jatuh keatas dedaunan kering dan menggelongsor terus tercampak ke dalam sungai yang sememangnya sangat dalam dan laju alirannya. Dengan jelas kelihatan Sang Belang berguling-guling sambil menjerit - jerit meminta tolong kepada sekumpulan haiwan -haiwan yang sedia menunggu untuk melihat babak tersebut.Jeritannya itu sia -sia belaka makin lama makin sayup suara si belang dan terus hilang dari pandangan.Nampak dengan jelas Sang Belang tenggelam timbul dibawa arus.Walaupun peristiwa itu menyayat hati namun haiwan - haiwan disitu berasa senang kerana sidurjana itu telah lenyap tenggelam dan mati kelemasan.

Haiwan -haiwan disitu bertepuk kegembiraan kerana usaha mereka untuk menghapuskan Sang Belang berhasil atas kerjasama haiwan- haiwan disitu yang diketuai oleh Sang Kancil yang terkenal dengan kebijaksanaaannya. Beberapa hari sebelum ini mereka bergotong royang dengan dibantu oleh Sang Tupai untuk mengumpulkan buah kelapa bagi menghasilkan minyak kelapa untuk tujuan itu. Mereka juga mengumpulkan kayu-kayan untuk dijadikan bahan api untuk memasak santan kelapa bagi mendapatkan minyaknya. Setelah selesai mencurahkan minyah kelapa di merata tempat yang sesuai, mereka mengumpulkan dedaunan kering untuk menutup sebahagian minyak yang telah dicurahkan di kawasan landai disitu.



"Wahai kawan kawan semua, terima kasih kerana kita sama- sama bantu membantu dalam menyelesaikan kemelut dikampung kita ini dan memberikan buah fikiran yang kita gabungkan dan bermuafakat sesama kita untuk menghapuskan musuh utama kita"kata sang kancil dengan berlapang hati kerana selaku ketua disitu dia bertanggung jawab untuk memastikan keselamatan dan keselesaan penduduk haiwan disitu. Itulah ikrarnya dalam menjalankan tugasnya."Selepas ini saya berharap agar kawasan ini aman dan damai tiada lagi ancaman musuh dan kematian akibat dibaham Sang Belang.Untuk itu saya bercadang untuk mengadakan majlis kesyukuran dan meraikan kejayaan kita. Satu lagi saya akan menganugerahkan penghargaan kepada Sang Kambing yang sanggup berkorban nyawa bertarung dengan musuh kita. Rawatan akan diberikan kepada Sang Kambing yang mengalami sakit-sakit badan dan kepenatan", ucap Sang Kancil dan di sambut dengan sorakan kegembiraan semua penduduk haiwan disitu.


LYNAZZ 💕💕

No comments:

Post a Comment