WHEN I WAS A LITTLE GIRL.(AKU ANAK YATIM)
Walaupun aku bukan lagi budak kecil yang minta dimanja oleh seorang yang bernama abah, namun naluri ku sebagai seorang manusia, terselit juga sebuah kerinduan kepada arwah abah ku yang telah 42 tahun meningalkan aku.Kenapa aku sedih sangat bila sebut pasal abah, ...sebab seusiaku 5 tahun aku dah tak ada abah...abahku meninggal sebab sakit dalam perut..akupun tak pasti penyebab kematiannya.Apa yang aku ingat ....maklumlah budak-budak lagi masa tu...ramai orang datang kat rumah aku walhal sebelum ni tak pernah aku tengok orang begitu ramai berada di dalam rumah dan di persekitaran rumahku.Tanpa ada setitik airmata yang mengalir pun...aku leka bermain-main dengan kawan yang seusiaku.aku.... memang tak faham..apa itu kematian.
Tahun demi tahun perkataan "abah" tu seakan jauh ku tinggalkan...sepertimana jauhnya dia meninggalkan aku, namun aku tak pernah lupa mengirimkan a lfatihah dan doa-doa suci sesudah sujudku.Itu je pengubat rasa rinduku kepadanya.
Disebabkan aku dah terlalu lama tidak memanggil nama abah pada seorang lelaki,aku seakan- akan lupa terus pada gelaran itu.Rupanya Allah masih lagi memberi aku peluang untuk memanggil abah pada seseorang.
Ya...memang betul, apabila jodoh ku sampai..dapatlah aku seorang abah semula.Agak timbul sedikit masalah pada ketika itu sebab aku memang tak boleh memanggil perkataan 'abah'kepada dia.aku rasa lidahku ini seakan kelu dan kaku untuk menyebut perkataan itu.Aku mengambil masa untuk memanggil abah pada bapa mertua aku.Dia sangat memahami sebab dari kecil aku dah menjadi anak yatim.
Pada satu ketika tu...aku beranikan diri untuk memanggil abah kepadanya.Aku rasa inilah masa yang sesuai dan telah bersedia memanggil dia, abah.Akhirnya untuk pertama kali, perkataan abah kuhulurkan kepadanya..aku masih ingat berjurai airmataku membasahi pipi- pipiku..Seperti anak kecil juga dia peluk aku dan dia kata..."dah.. dahlah" tu seakan memujuk aku.Aku bersyukur kepada Allah memberi aku sekali lagi untuk mendapat seorang abah walaupun hanya abah mertua yang sebaik dia..sangat baik.Sedikit sebanyak dapat juga merasa kasih sayang seorang ayah.Kepada mereka yang masih ada abah...,jaga dan sayanginya, hargai dan hormati selagi hayatnya masih ada.
Thursday, March 9, 2017
Friday, April 3, 2015
Red One pospaid murah dan jimat
- Perkongsian yang sangat bermakna bagi pengguna yang memerlukan kos penjimatan , murah dan sangat berbaloi.Tak rugi kalau kita bertukar ke REDONE...yang sangat banyak manfaatnya berdasarkan pengalaman saya menggunakannya....berbanding dengan telco lain
RED
ONE
Pengguna
-
Panggilan
rm8 sebulan (wajib) kontrak 1 tahun (rm8
x 12)
-
Internet
con: rm30 ( ini tidak ada
kontak).Internet boleh nak/tidak …mohon pada agent antara 1 – 10 hb setiap
bulan.
-
Call
redone ke redone free seluruh Malaysia=
free
-
Call
R1 ke rangkaian lain =15sen semint ( 1-29 saat=8sen, 30 saat ke atas jadi
15sen)
-
No
R1 bermula 011-106x-----
-
011-107x-----
-
011-108x----
-
011-109x----
- Boleh kekalkan no hp yang sedia ada...
-
Pendaftaran
- Deposit rm25 , pendaftaran rm10 = rm35 (1 sim)
-
Rm8
wajib dibayar walaupun penggunaan kurang dari itu
-
Sms
– R1 ke R1 = 5 sen
-
Sms
–R1 ke rangkaian lain =10 sen
-
Bil
hanya dihantar melalui sms boleh bayar
sendiri guna e –pay di seven eleven atau
masukkan duit ke akaun agent jadi bil agent tolong bayarkan
-
Untuk
mengelakkan penggunaan berlebihan – line akan dibar sekiranya bil melebihi rm50
(had kredit)
-
Internet
rm30 untuk 1 gb (kalau 1 gb dah habis masih boleh on fb,wassap,
wechat,google…tapi line akan jadi slow kepada 64kbpd
-
Guna
rangkaian celcom
-
Untuk
cek jumlah bill tekan*123#
-
---email
address
-
--nama emak
-
--borang
-
--alamat surat menyurat
-
yang
blacklist... maybe ada bil2 hp yang sebelum ini tidak dijelaskan.... pun boleh menggunakan talian redone hanya deposit rm50 daftar rm10 – rm60
019 6000264 ( zalina ).
Jangan tunggu lagi buatlah pertukaran sekarang untuk lebih nilai wang anda...
Thursday, September 5, 2013
PENAWAR BAGI HATI
Assalammualaikum semua..π
Maafkan aku seandainya aku pernah menyakitkan hati sesiapa saja dengan cara sengaja ataupun tidak, bukan niat aku untuk berbuat demikian.Kadang-kadang aku tidak mampu untuk memuaskan hati orang lain.Dalam menjaga hati dan peraasan orang lain ada masanya hati aku sendiri terluka.Ketika itu aku hanya mampu untuk memendam rasa dan buat seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.π
Kalau berceritap pasal hati dan perasaan , semestinya ia berkait rapat dengan individu bergelar manusia yang mempunyai perasaan, jiwa raga dan dianugerahkan dengan akal fikiran apabila membuat sesuatu keputusan.Bukan mudah untuk aku menjaga hati seseorang yang berada dipersekitaran kita sama ada kawan2, ahli keluarga ,adik beradik bahkan anak-anak kita sendiri.Sensitiviti hati seseorang itu bergantung kepada dirinya sendiri untuk terasa hati, berkecil hati, mengambil hati atau makan hati tak kurang juga ....."Merajuk hati".π
ok apakah "terapi" yang paling baik untuk mencari penawarnya apabila hati kita dilukai , tercalar, terhiris bagai sembilu dan yang paling parah...ayatnya" hatiku hancur luluh."...Apabila kita berjaya mengawal diri, mengawal perasaan yang sedang bercelaru dengan masalah dan berjaya memujuk hati.... disitu ada penawar terapinya.Walau pun pahit... perit.... untuk ditelan di situ ada nikmat kemanisannya....π
Menangis juga merupakan salah satu cara untuk kita meluahkan rasa hati.. meredakan perasaan dikala hati kita terluka....why not....teruskanlah menangis sepuas-puasnya seolah titisan air jernih yang mengalir itu mampu membasuh luka di hati kita dan mengurangkan tekanan perasaan yang tak mampu kita tanggung lagi...mungkin kita akan berasa lega dan rasa puas setelah menghamburkan masalah dalam tangisan tadi...Kita kena kuat untuk megawal perasaan dengan penuh kesabaran dan keikhlasan, beristigfar sebanyak mungkin dengan ujian yang diberianNya....dekatkan diri dengan Allah ...percayalah mungkin ada hikmah disebalik sesuatu yang berlaku hanya Allah yang lebih mengetahuinya..π
Mampukah kita memaafkan insan yang berjaya menyakitkan hati kita?...inilah langkah terbaik memaafkannya dia supaya jiwa kita lebih tenang tiada perasaan dendam....kerana" kemaafan adalah dendam yang terindah"...Berusahalah pujuk hati sendiri sebab hanya kita yang mampu mengawal diri dan perasaan yang ditanggung pada ketika itu..Pandang ke depan dengan hayunan kaki yang mengorak langkah seterusnya..Hidup mesti diteruskan dan jadikan itu sebagai satu cabaran yang lebih mendewasaka kita...kutip ia sebagai satu hadiah untuk diri sendiri .....ia sebahagian daripada kenangan yang sangat manis dalam hidup kita ...yang mungkin tak ada pada orang lain.Hebatnya bagi insan yang hatinya semulia ini...π
lynazzππ
Wednesday, September 4, 2013
Sayangggg...makkk
Assalammualaikum....pembaca-pembaca budiman,
Apa jua gelaran sama ada ibu, mama, ummi, mummy dan emak...ia adalah manusia yang sama melahirkan dan membesarkan dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang.Rindu sangat rasanya aku nak mendengar suaranya, gelak tawanya, berborak dengan dia apatah lagi masakkan....tapi itu dulu...kini emak tak mampu melakukan semua itu...pergerakannya semakin terbatas, penglihatan dan perdengaran pun semakin kurang...Dah setahun emak semakin sunyi tanpa kata-kata meskipun dia seolah-olah faham apa yang aku cakapkan...Bila aku panggil "makkk"oo mak " dia akan menoleh dan menarik tangan aku ....paling dia suka pegang tangan lama2 macam tak nak lepas...kadang-kadang dia tolak tangan sesiapa yang pegang dan dia lepas tu...dia tarik balik..
"Mak....mak ni macam baby lah..." memang betul bila seseorang tu dah tua tingkah lakunya seperti baby ...perlukan perhatian yang lebih...makan minum disuap..pakaikan baju dia. Kalau dulu masa kecil dia mandi dan bedak -bedakkan muka aku kini aku pula lakukan padanya (makeup kan dia) aku suka kalau lepas mandikan dia..wangi sangat....bezanya emak boleh marah aku tapi akuuuu... tak boleh marah mak......semuanya emak perlukan bantuan...ikhlas aku lakukan. Oleh kerana emak makin "silent mood".kalau try mengaji atau buka surah untuk diperdengarkan...emak akan mencari dari mana datangnya bunyi tu...maknaya mak masih boleh mendengar...
Walaupun aku tak menjaga emak sepenuhnya atas sebab bekerja...(sebenarnya dulu aku pernah berhasrat untuk berhenti kerja untuk menjaga emak..namun hasrat aku tak tercapai kerana kakak aku bersetuju untuk menjaga emak. Alhamdulilah...Allah permudahkan semua itu, boleh dikatakan hari-hari aku dapat berjumpa dengan mak...urut tangan dan kaki dia serba sedikit ....sembang2 meskipun mak buat don't no je maybe dia faham...(atau dia malas nak layan aku..andaian aku jer...tapi dia akan renung mata...masa aku sembang dengannya. Dalam usia 81 tahun....mak masih boleh duduk berdiri dengan dibantu....berjalan perlahan-lahan tapi mesti dipegang atau dipeluk badannya...kalau tidak boleh jatuh...dengan "aku sekalii boleh jatuh...sayang mak..."
Aku kadang kadang macam bebudak jugak...aku peluk2 emak...cium2 dia....dia tak marah tapi diam je...paling selalu aku salam dan minta maaf pada emak....harapan aku agar emak faham dan memaafkansemua dosa- dosa aku kat dia.. Semoga emak diberikan kesihatan yang sempurna,....sebelum sampai masanya dia menutup mata....Aku sayang makkk....

Tuesday, October 2, 2012
TADARUS 2012
![]() |
| Majlis mengaji Al Quran beramai2 di RTM (tadarus) |
![]() |
| Majlis khatam di Wisma Bernama |
![]() |
| Alhamdulillah selesai sudah |
MENCARI SEMALAM
Terlewatkah aku...
mengejar semalam yang hilang
di sebalik ufuk terbenam
Saat mentari senja tersembam....
Hilang sudah semalam...
Lenyap dari pandangan
Rapi dalam dakapan memori hati
Akan diillusikan dalam mimpiku di dinihari
Agar semalam ku segar diingati....
Hari ini...
bersama semalam yang pergi
Dambaan bertamu diminda hati
Diuliti saat yang menginjak masa
Sedetik cuma tidak akan dilupa
Akan dirindu sebalik tirai semalam ...
Hari mendatang...
Bukan kealpaan untuk menggamit
Sisa-sisa semalam....
Cuba menggapai semalam ...
walau jemariku tak sampai
Mencapai semalamku.....
Sanubari...
Merindui semalam yang hilang
Pada rasa yang sukar dimengertikan
Umpama igauan ngeri
Semalam berhimpit di memori hati...
Semalam...
Jenguklah hari ini
Yang sarat memori...
Dampingi detik yang sama setiap hari
Sekelumit rasa... tidak mampu merungkai
Dalam memori semalam.
Semalam ...
Andai dalam lena kau pulang
Jentiklah illusiku
Bawa ke alam nyatamu semalam....
Bersama malam....
Lynaz

Wednesday, March 7, 2012
sujud syukur

Assalammualaikum saudara semua....
rasanya setiap antara kita mesti ada rasa "sangat gembira dan rasa bersyukur sebab apa yang kita hajati tercapai" ....oleh itu wahai sahabat semua seeloknya kita melakukan sujud syukur.
Sujud syukur ialah satu sujud menunjukkan rasa berterima kasih kita di atas nikmat Allah s.w.t yang dilimpahkan atau doa kita termakbul dalam sesuatu perkara atau terhindar dari bencana.
Walaupun ia merupakan tuntutan sunat tetapi nilainya tinggi di sisi Allah.
Rukunnya:
1. Niat (dalam hati) 2. Takbiratul Ihram 3. Sujud (sekali sahaja) 4. Salam
syaratnya :
1) berwuduk 2) mengadap kiblat 3)menutup aurat .
1)Niat, sahaja aku sujud syukur kerana Allh taala
2) Mengangkat takbiratulihram, ( ALLAHUAKBAR )
3) Sujud sama seperti sujud dalam Solat
Bacaan dalam sujud
1. Subhanauallah walhamdulillah wala ilaha illauallah wallahhu akbar (3X)
2. doa di dalam hati dalam bahasa melayu (note: jgn lafazkan dalam BM nnti terbatal sujud syukur)
---. Ya Allah,aku bersyukur diatas kurniaan dan nikmat mu
---. Ya Allah aku bersyukur dgn rezeki yang telah engkau beriak kepada ku
---. Ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapa ku dan dosa orang- orang yg beriman
---. Ya Allah jauhkanlah rumah dan tempat kerja kami dari bencana an malapetaka.
---. Ya Allah aku berjanji untuk mentaati segala perintahmu dan menjauhi segala laranganmu.
4) memberi salam.
Subscribe to:
Posts (Atom)